Yang Maha
Mengetahui
dosa yang aku kerjakan amat kecil
apabila dibandingkan dengan besarnya
ampunanMu
kalau Tuhan hendak mencelakanku
gelaplah jalan yang aku tempuhi
dan tidak seorang pun yang kuat
dapat mempertahankan aku.
Kalau Tuhan hendak memberi aku malu
terbukalah rahsiaku
walau bagaimana aku menyembunyikannya
kerana itu Ya Tuhanku
sempurnakanlah awal hikmatMu
sampai ke hujungnya
dan janganlah Tuhan cabut
apa yang diberikan.
Aameen.
Kecerdasan berasaskan
Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011
No comments:
Post a Comment