Tuesday, December 3, 2013

Bertasbih sepanjang waktu

Bagaikan burung camar
yang melabuh di gigi ombak
pada setiap waktu dinihari
dia seorang mualim
menyerahkan kalbu
menyerahkan nafsu
yang sudah lama sebu
pada detik waktu
yang berterusan mekar.
 
Dia menjadi perenung malam
kesabaran seekor camar
berterusan menongkah langit
berterusan memuja alunan ombak
sambil menghirup tasbih keimanan
mencicip renjisan keredhaan
biarpun sebutir pasir pantai
yang mampu melekat
pada sayapnya.

Yang dilihat dalam hati
adalah masa yang berlalu
namun zikir tetap bertasbih
sepanjang waktu.

Naapie Mat
KKB/Tanjung Malim
Beriha Harian
1 Disember 2013

No comments:

Post a Comment