Kepimpinan
Pengajaran
Keupayaan memimpin ke arah peningkatan kualiti pengajaran
dan peningkatan pembelajaran murid
Tahap 1 :
a) Mengaplikasi pelbagai teknik pengurusan murid dan menerapkan dalam
pemimpin pengajar budaya belajar secara kolaboratif dan kendiri untuk murid.
b) Merancang pengajaran dan aktiviti secara bersasaran bagi menyediakan
persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada murid merentas pelbagai tahap
keupayaan pembelajaran
c) Menyediakan staf dengan asas kemahiran pengajaran dan sumber
Tahap 2 :
a) Memberi perhatian terhadap kualiti pengajaran di sekolah, membina
suasana bermotivasi supaya guru sentiasa berusaha meningkatkan secara
profesional kemahiran pengajaran dan penyampaian dalam bilik darjah termasuk
menggalakkan perkongsian amalan terbaik dalam sistem.
b) Membolehkan bahan pengajaran digunakan secara luwes dan khusus sesuai
bagi tahap pembelajaran yang berbeza serta pelbagai jenis gaya pembelajaran /
keupayaan.
c) Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran yang baik untuk menilai pembelajaran
murid dan kualiti guru.
Tahap 3 :
a) Melakukan penambahbaikan pengajaran secara berterusan di semua sekolah
dengan memastikan penyampaian pengajaran yang baik dan khusus bagi sesuatu
tahap dan profil demografi murid
b) Memberi ganjaran kepada kaedah pedagogi inovatif, menggalak dan
membangunkan program pembelajaran dan pengajaran dengan sokongan masyarakat
setempat
c) Membangunkan kaedah sistematik untuk menilai prestasi guru bagi
memastikan kualiti pengajaran yang cemerlang di sekolah.
Tahap 4 :
a) Memberi panduan mengenai strategi pengajaran dengan memastikan
perkongsian amalan terbaik, dan melaksanakan kurikulum secara berkesan dari
Kementeria ke sekolah.
b) Menggalakkan inovasi dalam kaedah pedagogi.
c) Berkeupayaan untuk mempengaruhi penggubal dasar bagi memastikan tenaga
pengajar ditingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kaedah pedagogi,
pengajaran dan pembangunan prifesional.
Wallahu alam.
KPM,2013
No comments:
Post a Comment