Esei 30
Letters From A Self-Made Merchant
To His Son, kisah benar daripada buku John Graham. Lazy Jim mendesak Encik
Graham mendapatkannya kerja. Dia diberi suatu pekerjan yang sangat memenatkan,
menggulingkan tong-tong berat daripada sebuah gudang ke landasan keretapi.
Beliau ditawarkan kenaikan pangkat sebagai penjaga waktu selepas tugas itu
selesai! Hasil daripada ciptaan tali sawat yang telah membawa tong-tong
berkenaan ke landasan keretapi. Dua bulan kemudian, dia didapati datang lewat selepas menemui mesin perakam kad masa untuk mengambil alih tugas
beberapa penjaga waktu!

Norman Vincent Peale berkata,
imaginasi adalah permaidani ajaib, Einstein menetapkan, imaginasi adalah lebih
baik daripada pengetahuan manakala Edison
menambah, sentiasa ada jalan lain yang lebih baik.
Beribu-ribu penemuan dan aporan
telah terbit daripada penyelidikan ke atas fakulti manusia, kesemuanya
sependapat bahawa kreativiti muncul dalam cara-cara berikut:
a) Kreativiti pada masa keperluan
dan kekecewaan, yang mana individu mencari jalan yang lebih baik atau jalan
keluar dari masalah merekan.
b) Kreativiti ingin tahu seperti
kanak-kanak suci yang bermain set Lego! Kesucian tidak terhalang oleh ketetapan
sains dan ketegaran pengetahuan.
c) Kreativiti menyoal dan
pengumpulan, kita
bertanyakan soalan, kumpulkan idea bersama, ataupun membaikinya. Biasanya
dikenali sebagai : Kreativiti Sintetik.
Berikut beberapa cara untuk
meningkatkan imaginasi dan kreativiti;
a) Bawa berehat atau mengelamun
dalam tidur. Ramai penggubah dan pencipta terhebat menghasilkan karya terbaik
mereka semasa dalam situasi pelik.
b) Luaskan pandangan dan bebaskan pergaulan. Hubungkan dan satukan idea
dengan perkara dan suasa di luar konteks; cukupkan rehat untuk ketajaman akal.
c) Berlatih dan kembangkan daya fikir, ditambah dengan fantasi dan
keinginan yang menebal.

Jangan berfikir dan bertindak seperti biri-biri. Jangan sentiasa menerima
cara yang biasa untuk melakukan sesuatu perkara, cari jalan yang lebih baik.
Masa anda mungkin dihadkan tetapi tidak imaginasi anda. Nikmati penerbangan
fantasi sekali sekala. Kreativiti anda akan membina masa depa n yang lebih baik.
a) Jika saya mahu taksirkan kehidupan ini dalam satu perkataan, ianya
adalah: Kehidupan adalah satu ciptaan. (Claude Bernard)
b) Kebanyakkan orang tidak mampu mempunyai sesuatu idea yang asli kerana
mereka tdak dapat bebaskan diri daripada kongkongan pemikiran logik. (David
Ogilvy)
Wallahu alam.
Stephen W.K.Tan
100 Esei Inspirasi &
Motivasi Untuk Pelajar
No comments:
Post a Comment