Wednesday, December 25, 2013

Pemikiran jelas, pertimbangan dan keutamaan

Esei 37

Pemikiran adalah proses menyesuaikan pengetahuan dan pengalaman dengan situasi baru untuk mendapatkan pandangan atau penyelesaian; sedangkan pertimbangan adalah pendapat dan penilaian sesuatu situasi. Ilmu pengetahuan serta persekitaran yang baik dan sesuai dapat menghasilkan pemikiran dan pertimbangan yang tepat. Pemikiran berasaskan ilmu juga menghasilkan tanggapan dan kebijaksanan. Kebijaksanaan adalah kepintaran, satu gerakan kombinasi fakta dan kemahiran. Justeru itu adalah amat berfaedah membudayakan hidup dengan amalan membaca, menyiasat, menganalisis, berfikir, memerhati dan menimba pengalaman yang luas melalui perbualan.

Dalam kehidupan anda akan dapat mengesan pemikiran yang tidak matang dan pertimbangan yang tidak betul. Semerta ia terlihat dari fesyen rambut pelik, pakaian tidak senonoh, dekorasi kereta dan rumah gila-gila dan cara hidup yang tidak kemas!. Ingatlah, citarasa hidup yang baik, pemilihan warna, rekabentuk, ketepatan, kemudahan, psikologi dan sebagainya kesemua itu mempunyai impak ke atas penerima.

Pemikiran dan pertimbangan yang baik mesti dikuasai oleh etika dan peradaban yang baik, kita tidak boleh terima segalanya secara membuta tuli tanpa mengambil kira nilai-nilai kebenaran. Pemikiran yang baik akan meneliti asal usul sumber, kebenaran, tujuan dan kualiti maklumat.Dia menimbangkan bukti dan cadangan secara berhati-hati, keputusan diambil dan memberi reaksi sewajarnya. Keputusan yang terlalu gelojoh dan tindakan yang tergesa-gesa akan mengundang masalah dan kegagalan, justeru mestilah sentiasa jelas, tenang dan berhati-hati.

Binalah jadual jangka pendek juga jadual tahunan. Ini penting bagi semua orang. Jika anda hanya taburkan dalam minda, pelbagai ganguan harian akan menyerang otak anda dan anda pasti mengabaikan ini atau itu! Di tambah dengan aset dan kualiti, anda akan menyedari bahawa membuat keputusan dan mengambil tindakan adalah amat mudah.

Bulan : Nov
Tahun : 1996
Paling
Penting
Sederhana
Penting
Kurang
Penting
Kesegeraan
Paling Utama
Kerja sekolah & peperiksaan
Peperiksaan Muzik (Nov)
Ujian Berenang
(Nov)
Kesegeraan sederhana
Membaca & belajar
Gimnastik
Hobi Utama
Kesegeraan
yang kurang
Peningkatan diri
Tenis & Permainan
Hobi

Apabila semuanya mempunyai tempat yang kena dalam minda kita, kita akan boleh berdiri berseimbangan dengan segalanya di dunia ini. ( Frederic Amiel ).

Wallahu alam.

Stephen W.K.Tan
100 Esei Inspirasi & Motivasi Untuk Pelajar

No comments:

Post a Comment