Pengenalan Terapi 3T :

Ayat ini benar-benar bercerita tentang kisah nabi Yunus as. Sebagaimana yang kita tahu nabi Yunus telah ditakdirkan oleh Allah SWT ditelan oleh ikan Hud. Nabi Yunus duduk dalam kegelapan perut ikan, dibawa ke
Apakah nilai tasbih ini di sisi Allah SWT? Renungkan dalam kisah nabi
Yunus ini, tasbih yang dibacakan oleh nabi Yunus dalam suatu ayat yang lain
Allah SWT menyebut, kalaulah tidak kerana nabi Yunus as tergolong dalam golongan
yang sangat banyak tasbihnya kepada Allah dalam perut ikan tersebut maka takdir
Allahnya, nabi Yunus akan duduk dalam kegelapan perut ikan sehingga hari
dibangkitkan.

Dan inilah yang kita ingin ambil
pengajaran dan menjadi satu inspirasi bahawa di sana kita harus memahami apa sebenarnya kita
harus hayati kepada lafaz-lafaz ini; Laa
ilaaha illaa anta. Subhaanaka inni kuntu minazh zhaalimiin.

Maka inilah jalan keluar kepada
kita semua daripada segala kesempitan hidup, daripada segala badai yang melanda
dalam hidup. Bahawa di sana
ada satu inspirasi daripada apa yang
disebut oleh nabi Yunus terhadap Allah SWT, Laa
ilaaha illaa anta. Subhaanaka inni kuntu minazh zhaalimiin.
Di sini bermulalah penjelasan Terapi 3T. Di mana T yang pertama berkait dengan Laa ilaaha illaa anta. Tidak ada Tuhan
yang disembah kecuali Engkau. Maknanya T yang pertama ialah tauhid. Dan T yang
kedua, Subhaanaka Maha Suci Engkau Ya
Allah . Dan T yang kedua ialah tasbih. Adapun T yang ketiga, inni kuntu minazh zhaalimin,
sesungguhnya aku adalah di kalangan orang yang menzalimi diri sendiri. T yang
ketiga ialah tunduk.
Inilah 3T, tauhid, tasbih dan
tunduk. Ia suatu ramuan yang sangat hebat dan indah. Dengan izin Allah,
insya-Allah akan dapat merubah kepada suatu takdir yang lebih baik dalam hidup
kita kerana nabi Yunus telah melaluinya. Nabi Yunus di saat awalnya ditakdirkan
hidup di perut ikan sampai hari kiamat tetapi dengan berkat tasbih ini, dengan
izin Allah SWT, menurut riwayatnya hanya 7 hari sahaja menanggung
penderitaan tersebut. Kemudiannya diselamatkan oleh Allah SWT.
Wallahu alam.
Nur Hafizah Musa
UTM
No comments:
Post a Comment