a) Berusahalah memperbaiki diri di samping menyeru orang
lain….kerana berusaha menjadi baik walaupun belum baik adalah lebih baik
daripada tidak berusaha langsung.
b) Kadangkala, dalam pencarian yang pasti pun kita mungkin
tercari-cari kerana terlalu banyak cahaya boleh menjadi mata menjadi buta.
c) Orang yang baik akan sentiasa dapat melihat kebaikan
orang lain. Hidupnya seperti di dalam taman yang dipenuhi aneka bunga.
d) Sangka baik kita kepada orang lain adalah doa kita untuknya.
Sangka baik orang kepada kita adalah doanya untuk kita. Insya-Allah, sentiasa
bersangka baik kita akan mendapat yang baik. Walaupun belum jadi baik
sekurang-kurangnya membantu sesama kita yang sedang berusaha menjadi baik.
e) Kita adalah apa yang kita baca. Dan siapa kita menentukan
bagaimana kita melihat. Apa yang kita lihat menentukan apa yang kita dapat.
Justeru, bacalah yang baik-baik. Insya-Allah kita akan menjadi baik dan akan
mendapat banyak kebaikan dalam kehidupan ini. You are what you read! Iqra’ – bacalah dengan nama Tuhanmu.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment