Wan Nadiah Wan Mohd adalah satu-satunya pelajar Malaysia daripada sejumlah
1 650 pelajar baru pada 2003 dari seluruh dunia yang dipilih mengikuti
pengajian di universiti Harvard, yang diketahui umum begitu berprestij dan
hebat dalam bidang pendidikan.
Wan Nadiah berkata, untuk memohon memasuki universiti tersohor berusia 367
tahun itu, ia bukan perkara mudah kerana perlu cemerlang dalam akademik dan
aktiviti sokongan lain.
Bercerita mengenai pengalamannya, kata Wan Nadiah, selepas tamat Sijil
Pelajaran Malaysia beliau yang memperoleh biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam
mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang bioteknologi tetapi kerana kursus itu
tidak ditawarkan di Universiti Harvard, pilihannya beralih kepada biokimia.
Saya bernasib baik kerana
program seni liberal di Harvard membolehkan saya mengambil kelas bukan hanya
dalam biokimia tetapi juga dalam bidang ekonomi, sastera dan seni. Pulang ke
tanah air pada 2007, saya ditawarkan pekerjaan sebagai penganalisis data di
syarikat bersekutu Kumpulan Perunding Boston (BCG), katanya.
Pengertian kecemerlangan lebih banyak bergantung kepada individu sendiri,
katanya yang kini menganggotai panel pemilihan temuduga pemohon Malaysia
yang berminat mengikuti biasiswa di
Harvard.
Anak sulung daripada tiga beradik itu mementingkan tidur yang mencukupi
untuk memberikannya daya tumpuan yang tinggi.
Saya mesti tidur
sekurang-kurangnya tujuh jam setiap hari. Ketika bersekolah saya juga tidak
pernah tidur lewat walaupun untuk mengulang kaji pelajaran. Saya suka
bergilir-gilir menggunakan buku latihan untuk mengelakkan bosan dan banyak
membaca buku selain buku sekolah. Untuk kesegaran mental dan fizikal ibu
menyediakan telur separuh masak serta pati ayam untuk tambahan tenaga setiap
pagi, kata bekas pelajar
Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya itu.
Kata Wan Nadiah, ibu bapanya juga tidak terlalu tegas dan menekannya
belajar asal saja beliau dapat mengekalkan prestasi cemerlang dalam akademik.
Ibu bapanya menggalakkan Wan Nadiah belajar menerusi pergaulan dan didikan
falsafah supaya lebih berfikiran terbuka.
Dulu ibu dan ayah tidak
menghantar saya ke sekolah agama cuma memanggil ustaz dari Universiti Islam
Antarabangsa (UIA) mengajar agama. Saya dididik mengenai falsafah dan perbincangan
meluas mengenai perkembangan Islam. Ibu dan ayah gemar dedahkan saya dengan
persekitaran lebih matang termasuk sering membawa saya ke majlis makan malam
anjuran pejabat ayah di syarikat British American Tobacco (M) Berhad, katanya yang berumah tangga pada usia 25
tahun.
Wallahu alam.
Berita Harian
20 Disember 2013
No comments:
Post a Comment