Esei 39
Charles Buxton berkata, pengalaman menunjukkan kejayaan adalah disebabkan
lebih oleh semangat dari kebolehan. Yang boleh menang adalah yang dapat
memberikan sepenuh hati, jiwa dan semangat kepada kerja. Yang kaya dan terkenal
menekankan bahawa semangat dan kejayaan selalu berganding sama, kerana kudrat
manusia dapat melakukannya dengan tidak disangka. Emerson mengiktiraf, setiap
kehebatan dan pergerakan di dunia adalah kejayaan yang dimiliki dengan
semangat. Tiada yang terhebat telah dapat dicapai tanpabya. Thomas Watson,
pencipta syarikat komputer IBM yang terbesar menasihatkan kita semua :
Pencapaian terhebat manusia adalah terhasil daripada ide dan semangat.
Perkataan (enthusiasm) semangat dan keinginan adalah berasal dari perkataan
Greek En Theos, yang bermaksud Dengan Tuhan, inspirasi dari Tuhan, dan dengan
tenaga Tuhan. Biasanya semangat apabila bergabung dengan kualiti manusia yang
lain-lain, adalah cukup untuk membantu setiap orang berubah dari kegagalan
kepada kejayaan. Ia juga membantu untuk mengurangkan perasaan malu, tidak
ketahuan atau kekecewaan.
Semangat adalah dengan sendirinya satu kejayaan. Malah, kesejahteraan kita
adalah satu kaedah untuk terus maju, bukan satu destinasi. Kita akan menjadi
lebih gembira apabila teruja dan mempunyai sifat ingin tahu. Kecantikan pun
terdapat dalam keghairahan semangat. Orang yang periang dan bersemangat tidak
suka membesarkan perkara remeh. Dengan itu keseronokan dan kegembiraan
benar-bear boleh menyembuh atau bertindak memberi imuniti.
Kita boleh mewujudkan semangat diri dengsn cara mudah hanya dengan bergaul
dengan orang lain yang bersemangat, membaca bahan-bahan bermotivasi dan
memikirkan perkara-perkara yang menyemarakkan semangat. Kemudian tetapkan
matlamat yang diingini, dan rasai nikmat kebahagiaannya yang boleh dikecapi
setiap saat di sepanjang usaha tersebut. Hidup ini amat menyeronokkan!.
Wallahu alam.
Stephen W.K.Tan
100 Esei Inspirasi &
Motivasi Untuk Pelajar
No comments:
Post a Comment