Dalam rumah ada manusia,
dalam manusia ada hati….
hati manusia yang berada di rumah itu
lebih berharga daripada rumahnya.
dalam manusia ada jiwa….
jiwa manusia di dalam kereta itu
lebih berharga berbanding keretanya.
Nilai manusia bukan terletak
pada barang-barang bernilai yang
dimilikinya,
tetapi pada hati dan amalannya
yang dinilai oleh Tuhannya.
Kata orang yang bijaksana:
Nilai seorang lelaki
hanya diketahui
apabila segala barang
bernilai hilang
daripadanya!
Wallahu alam
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment