Esei 33
Minda yang sedar dapat dikawal, sebaliknya bagi minda bawah sedar, dan
sebahagiannya hanya boleh diuruskan secara khusus. Ia menjalankan proses yang
penting termasuklah menjaga pernafasan dan degupan jantung. Ia memelihara
kehidupan. Ia memberi kapasiti gerak hati yang menarik dan mengetahui
jawapan kepada kebanyakkan isu yang
berbangkit. Minda objektif bertindak balas secara spontan terhadap apa yang
kita fikirkan tetapi minda subjektif merakamkanya secara enyap.
Kemudian ia mula mendatangkan kesan kepada tingkahlaku dan takdir anda,
dalam cara yang sukar hendak difahami. Emosi dan kefahaman dalaman yang telah
tersimpan itu akan membentuk sistem kepercayaan dalam hidup kita di samping
mempengaruhi setiap gerakan yang dilakukan. Mereka yang telah diprogramkan
secara negatif sejak beberapa tahun akan tertekan dalam usaha mencari kejayaan.
Justru berjaga-jagalah apabila menguruskan minda d bawah sedar, prihatin dengan
apa yang anda fikirkan. Ia patut menerima input yang baik begitu juga badan,
kecuali anda dalam situasi sampah masuk sampahlah yang keluar.
Panduan penting :
a) Manfaatkan sebaik mungkin minda bawah sedar ketika tidur. Fungsi hebat
ini beroperasi sepanjang masa dan paling berkesan ketika anda tidur. Sebabnya,
adalah ketara, fakulti yang tersembunyi ini tidak tenteram dalam suasana
kesibukan siang hari. Teguhkan minda subjektif ini melalui doa sebelum tidur.
Ya Tuhan Yang Maha Berkuasa, aku amat bersyukur terhadap segala apa yang telah
Engkau berikan...aku tahu Engkau melindungku dan tunjukkan aku ke arah jalan
yang benar dan kepada kesejahteraan....semua masalah ini akan diselesaikan
semasa dalam tudirku...aku akan bangun dari tidur esok dengan kekuatan untuk
hari yang lebih baik.
Tambahkan dengan visualisasi dan pengesahan, dan minda akan mengambil alih
dari situ.
b) Gunakan minda subjektif untuk damkan kesan-kesan negatif. Anda tidak
sepatutnya berkata; saya tidak mampu membelinya tetapi katakanlah, saya akan
membelinya kemudian. Jangan berfikir, ini adalah projek memakan masa amat
panjang dan susah tetapi fikirkan begini, tugas ini mengambil masa dan ianya
akan menjadi lebih mudah jikalau diselesaikan satu persatu.
Gantikan dengan spontan pemikiran negatif kepada positif, jangan berikan
walaupun sesaat untuk bertapak seterusnya menghilangkan semangat anda.
Raptaikan langkah spesifik di dalam minda anda, untuk mengelecek dan mengatasi
sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin timbul. Bagi perasaan ketakutan
yang berulang, hadapinya dengan melalui situasi hidup yang nyata. Dan buktikan
kepada diri anda bahawa perasaan takut itu adalah tidak berasas.
c) Kerjakan minda subjektif anda bagi menjalin hubungan sesama manusia.
Lakukan ini dengan memvisualisasikan kekuatan dan kebaikan orang lain dengan
fikiran yang bebas. Harap dan dapatkan ganjaran belas kasih dan sokongan mereka
sebagai balasan. Kadang kala penemuan dengan seseorang secara berkebetulan,
telah meninspirasi dan memperkasakan mereka untuk mencapai kecemerlangan.
d) Uruskan minda subjektif anda untuk menjalankan tugas pembaikpulihan,
mencapai kebahagian dan kesejahteraan. Wujudkan gambaran imej minda
mencerminkan apa yang dikehendaki, hasilnya agak menakjubkan, sekiranya ia
disikong dengan kenteraman, doa, keyakinan, keghairahan, pedoman, keazaman dan
prestasi cemerlang; cubalah!
Minda subjektif menerima cadangan secara terus, tetapi ia agak dengan mudah
menghidu sebarang benda yang menghalang, tidak jujur dan mutlak atau separuh hati, memaksa diri untuk
melawan arus. Komited sepenuhnya dengan nilai-nilai kendiri, kepercayaan serta
keyakinan mestilah secara keseluruhan. Barulah anda terima apa yang sewajarnya.
Ketahuilah, inilah minda inilah yang telah memainkan peranan menjadikan
McDonald rangkaian restoran terbesar di dunia. Seperti yang diperkatakan Ray
Kroc, penciptanya iaitu, saya telah
melihat dalam minda saya beratus-ratus restoran McDonald di serata dunia. Bukankah
hidup ini sangat menarik?
a) Jika kita semua lakukan
semua benda yang kita mampu lakukan, kita akan membuatkan diri kita terkejut.
(Thomas Edison)
b) Minda manusia, apabila
terjerat dengan idea baru, tidak akan kembali ke dimensi yang sebelumnya. (O.P
Holmes)
Wallahu alam.
Stephen W.K.Tan
100 Esei Inspirasi &
Motivasi Untuk Pelajar
No comments:
Post a Comment