Friday, December 18, 2015

Pelajaran ke 40

Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata hukama’ Rahimahullah ’alaihim: Bermula tiga perkara itu setengah daripada perangai yang kepujian:

1. Mengasih mereka itu akan membelanja aras segala orang yang berkehendak
2. Mengasih mereka itu akan memaafkan daripada segala kesalahan segala orang Islam
3. Merendahkan diri dengan meninggalkan kesakitan daripada segala makhluk sekalian.

Kata hukama bahawa orang yang berakal itu tatkala marahnya itu insaf dan tatkala kasih akan seorang maka syafa’atlah ia akan dia dan tiadalah ia menyesal pada barang yang diperbuat lagi tiada ia menempelak akan seorang yang berbuat jahat.

Dan lagi kata hukama’ : Tiada sempurna ilmu itu melainkan dengan sempurna akal jua.

Dan lagi kata hukama: Tiga perkara itu tiada bertemu ia dengan tiga perkara:
1. Makan halal serta pengikat hawa nafsunya
2. Syafa’at serta amarah
3. Benar serta banyak kata

Dan lagi kata hukama: Bermula yang terlebih pahit di dalam dunia itu daripada suatu itu tiga perkara:

1. Mendengar daripada perkataan yang tiada memberi manfaat
2. Mendengar perkataan daripada orang yang tiada berakal dan mendengar perkataan daripada orang yang tiada beragama
3. Di dalam hal kepapaan bagi orang yang tiada sabar

Dan yang terlebih manis di dalam dunia daripada suatu itu tiga perkara jua:

1. Anak
2. Mendengar perkataan yang baik-baik
3. Kekayaan

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007

No comments:

Post a Comment