Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Kata setengah ulama’ bahawasanya Alaah Ta’ala itu mewahi ia kepada nabi
Daud alaihis salam bahawasanya menghantar ia akan kursi bagi Luqman Al-Hakim
dan diajari akan kamu akan ilmu hikmah maka menghantar ia akan kursi maka naik
atasnya Luqman Al-Hakim dan berkata ia: Hai Daud, peliharakan olehmu daripada
aku akan lima perkara supaya masuk di dalamnya ilmu segala orang yang
dahulu-dahulu dan ilmu orang yang kemudian:
1. Bahawa adalah lobamu atas menghimpunkan dunia dengan sekira-kira
martabatmu dalamnya
2. Bahawa adalah lobamu itu amal akhirat dengan sekira-kira martabatmu
dalamnya
3. Bahawa adalah bertemu atas mengerjakan maksiat dengan sekira-kira
sabarmu atas azab neraka
4. Bahawa adalah khidmatmu akan Tuhanmu dengan sekira-kira hajatmu
kepadanya
5. Jika engkau kehendak bahawa engkau berbuat maksiat akan Tuhanmu maka
tuntut olehmu akan tempat yang tiada melihat ia akan dikau.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment