Sunday, December 6, 2015

Pelajaran 33

Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata Rasulullah saw : Barangsiapa memudah-mudah akan sembahyang dan menghina-hina akan dia nescaya diseksa akan dia oleh Allah Ta’ala dengan lima belas seksa, enam di dalam dunia dan tiga ketrka matinya dan tiga di dalam kuburnya dan tiga ketika bertemu dengan Tuhannya, maka berkata sahabat: Hai Rasulullah, maka apa seksa yang mengenai akan dia di dalam dunia maka sabdanya:

1. Mengangkat oleh Allah Ta’ala daripada umurnya.
2. Mengangkat oleh Allah Ta’ala akan berkat daripada rezekinya.
3. Mengangkat oleh Allah Ta’ala daripadanya akan tanda segala orang yang soleh.
4.Tiada bahagian baginya daripada Islam.
5. Daripada tiap-tiap amal yang dibuat ia akan dia daripada segala amal kebajikan tiada diberi pahala atasnya.
6. Tiada diangkatkan baginya doanya kepada langit, maka berkata sahabat nabi: Hai Rasulullah, maka apa seksa yang mengenai akan dia pada ketika matinya? Maka sabdanya: Mati ia padahal hina, dan mati ia padahal lapar, dan mati ia padahal dahaga. Dan jikalau dijiruskan akan dia dengan air sungai yang di dalam dunia nescaya tiada memuas ia akan dahaganya.

Berkata sahabat: Hai Rasulullah, maka apa seksa yang mengenai akan dia di dalam kuburnya?. Maka sabdanya:

1. Memanjangkan oleh Allah Ta’ala atasnya akan liang lahadnya.
2. Menenggelam ia atasnya di dalam kuburnya.
3. Mewakil oleh Allah Ta’ala akan seorang malaikat yang mengazab ia akan dia hingga hari kiamat dan mengeras oleh Allah Ta’ala atasnya di dalam kuburnya akan suatu ular yang besar. Bermula namanya Syuja’ Al-Aqra’ bermula dua matanya daripada api dan dua kukunya itu daripada besi.

Bermula panjang tiap-tiap kuku daripadanya itu perjalanan sehari dan sertanya itu beberapa tiang daripada besi.Maka berkata ia akan mayat seperti suara halilintar yang membelah padahal berkata ia telah menyuruh akan daku oleh Allah Ta’ala TuhanKu, bahawa Aku palu akan dikau kerana engkau sesia sembahyang Subuh hingga Zohor. Dan aku palu akan dikau kerana engkau sesia akan sembahyang Zohor hingga Asar. Dan aku palu akan dikau kerana engkau sesia akan sembahyang Asar hingga Maghrib. Dan aku palu akan dikau kerana engkau sesia akan sembahyang Maghrib hingga Isya’. Dan aku palu akan dikau kerana engkau sesia akan sembahyang Isya’ hingga Subuh. Maka tiap-tiap sekali mempalu ia akan dia masuk ke dalam bumi tujuh puluh hasta maka masuk oleh malaikat itu akan kukunya ke dalam bumi, maka mengeluarkan ia akan dia. Kemudian maka memalu ia akan dia pula, maka sentiasa ia memalu hingga hari kiamat. Aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada api.

Dan adapun seksa yang mengenai akan dia tatkala bertemu dengan Allah Ta’ala Tuhannya apabila belahlah langit nescaya datang akan dia seorang malaikat Al-’Azab dan pada tangannya itu rantai dan panjangnya itu tujuh puluh hasta, maka menjadikan ia akan dia pada lehernya. Kemudian maka dimasuk ia ke dalam mulutnya dan mengeluarkan ia akan dia daripada duburnya, kemudian menghela ia akan dia sekali atas mukanya dan sekali atas belakangnya padahal ia menyeru atasnya dengan katanya: Inilah balas orang yang mensesiakan akan sembahyang fardhu yang difardhukan Allah Ta’ala, kemudian membawa ia akan dia kepada neraka.

Sembahyang olehmu, hai anak Adam, jangan engkau mudahkan akan sembahyang kerana sembahyang itu tiang agama.

Barangsiapa meninggal ia akan sembahyang, maka sanya meruntuhkan ia akan agama hingga berkata Rasulullah Shallallahu ’alaiha wasallam. Katakan olehmu:
Hai Tuhanku, jangan engkau tinggalkan pada kami akan celaka dan 
jangan engkau tinggalkan pada kami akan yang ditegahkan.

Kemudian berkata ia: Bermula celaka yang ditegahkan itu orang yang meninggal akan sembahyang kerana bahawasanya orang yang meninggalkan akan sembahyang itu:
1) Tiada baginya pada agama Islam
2) Dan tiada diterima daripadanya akan tauhid
3) Dan tiada diterima akan imannya
4) Dan tiada diterima sedekahnya.
5) Dan tiada diterimakan puasanya
6) Dan tiada diterima akan syahadah
7) Dan sanya dilaknat Allah Ta’ala itu daripadanya.

Bermula orang yang meninggalkan sembahyang di dalam hal sihat itu tiada menilik oleh Allah Ta’ala itu kepadanya dengan tilik rahmat dan tiada menyuci ia akan dia dan thabit baginya azab yang amat pedih melainkan bahawa taubat ia dan tiada halal zakat bagi orang yang meninggalkan sembahyang maka jangan engkau berdiri sertanya dan jangan engkau duduk sertanya, maka kerana bahawasanya laknat Allah itu turun ia atasnya.

Bermula pertama suatu yang haram pada hari kiamat itu muka segala orang yang meninggalkan sembahyang.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007

No comments:

Post a Comment