Friday, December 18, 2015

Lebih moraliti, kurang sengsara

Esei 97

Jonathan Swift mencatatkan: Tidak ada apa-apa yang begitu susah bagi mereka yang hidup mewah selain untuk bayangkan betapa susahnya hidup orang yang tidak begitu bernasib baik. Jurang pedapatan antara orang kaya dan miskin semakin luas dan melebar namun ramai tidak peka. Hari ini, cita-cita kejam dan kemerosotan akhlak adalah meluas. Di tengah-tengah kemewahan ekonomi, masih ramai dalam keadaan berlapar, bukan sahaja secara fizikal tetapi jiwa.

Kurangnya unsur kerohanian dapat disaksikan dalam perbelanjaan perlumbaan senjata global yang menghampiri US$1 trilion setahun! Ia adalah menggerunkan bahawa manusia yang lebih tahu dan lebih pintar daripada haiwan tetapi menggunakan senjata api dan bom bagi menyelesaikan masalah.Martin Luther mengeluh: Perang adalah wabak paling besar yang membawa penderitaan kepada manusia; ia membinasakan agama, negara dan keluarga.

Kesengsaraan muncul daripada:
1. Buta huruf
2. Kekurangan pemakanan dan rawatan kepada orang-orang tua yang berkesudahan dengan penyakit-penyakit dan kebuluran
3. Keluarga yang tidak keruan atau perkahwinan yang gagal
4. Konflik-konflik yang bersifat perkauman, wilayah dan politik
5. Ketidakadilan
6. Pengagihan pendapatan tidak seimbang dan kemiskinan

Sesuatu yang salah dari segi moral tidak boleh dipolitikkan menjadi betul. Terdapat banyak cabang kejahatan dan ini dipapari menerusi keganasan dalam media masa.Apakah bentuk budaya yang hendak dipamerkan, untuk dibangunkan dan untuk disimpan! Kesan terhadap masyarakat adalah amat menggerunkan. Di sinilah benih kesengsaraan telah disemai!

Kini adalah masa untuk kita berkawan dengan kebaikan dan membuang yang salah dan mengajar kewajaran untuk orang tua dan muda. Pengiktirafan moraliti hanyalah separuh daripada pertempuran, amalan dan kesempurnaannyalah yang dapat melengkapkan misi dunia kita. Adalah tidak bernilai mempunyai kemewahan tanpa matlamat dan kemakmuran tanpa tujuan menjadi tidak bererti. Biar kita mempunyai persaingan yang sihat daripada lebih suka mendengki;kemurahan hati daripada ketamakan, persefahaman, pendamaian dan kemaafan daripada mencurigakan, dendam dan perang.Mari kita membuat satu usaha yang bersepadu ke arah kesejahteraan sosial dan keamanan dunia. Kita perlu menyelesaikan isu-isu alam sekitar, mengekalkan habitat hijau, membenteras penyakit dan kebuluran, kemiskinan dan kelaparan dan menyelesaikan pertikaian dan konflik-konflik.

Kita berharap dengan bersungguh-sungguh agar tidak lama lagi manusia akan berlumba-lumba mencari beberapa jenis pemulihan spiritual dengan satu banjir kebaikan, muhibah dan cinta, satu keluarga dunia dan persaudaraan manusia, perpaduan pelbagai agama untuk menyebarkan moral dan untuk berdoa dalam serentak. Masanya akan tiba!

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

No comments:

Post a Comment