Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam, dengan sekira-kira kadar kasihmu
kepada dunia itu Aku keluarkan kasihmu kepada Aku daripada hatimu maka
bahawasanya Aku tiada Aku himpunkan akan kasih bagiKu dan kasih bagi dunia
dalam hati yang satu.
Hai anak Adam, wara’kan olehmu supaya engkau kenalkan akan Daku. Dan
kembalikan olehmu kepadaKu supaya engkau lihat akan Daku. Dan selesaikan olehmu
akan dirimu bagi berbuat ibadat akan Daku supaya sampai engkau kepadaKu. Dan
sucikkan olehmu akan ilmu daripada riya’ supaya sampai kepadamu kasihKu.
Dan (4) (muhimmah) selesaikan olehmu akan dirimu dengan menyebut akan Daku
supaya Aku sebut akan dikau pada segala malaikatKu.
Hai anak Adam, kerana apa engkau kata Allah padahal di dalam hatimu itu
lain daripada Allah Ta’ala.
Bermula bimbangmu dan cita-citamu itu akan yang lain daripada Allah Ta’ala.
Dan engkau harap akan yang lain daripada Allah. Dan engkau takut akan yang lain
daripada Allah Ta’ala. Dan jikalau engkau kenal akan Allah Subhanahu wa Ta’ala
dengan sebenar-benar kenalnya nescaya tiadalah cita-citamu akan yang lain
daripada Allah. Dan tiada engkau takut akan yang lain daripada Allah. Dan tiada
engkau gerakkan akan lidahmu daripada menyebut yang lain daripada Allah.
Maka bahawasanya berlambatan bimbang dengan yang lain daripada Allah Ta’ala
itu tutur segala mereka itu yang sangat dusta.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment