Monday, November 16, 2015

Seni dalam rundingan

Esei 81

Dalam dunia serba bekerjasa antara manusia, keupayaan untuk berunding dengan baik adalah amat penting. Kemahiran berunding meliputi: Pengetahuan tentang perkara dan latar belakang orang yang menyertai rundingan, persediaan, persepsi, strategi dan taktik-taktik sebebar.

Pengetahuan dan persepsi Anda:  Untuk bermula, keadaan fikiran yang betul, sikap dan andaian adalah penting. Ia proses untuk bekerjasama bukannya pesaingan. Pertimbangan lain yang penting : di mana, apabila, bagaimana, apa dan dengan siapa untuk berunding!
Jangan berunding melalui telefon dan surat. Lebih baik dilakukan menerusi pertemuan.

Persediaan : Ianya adalah separuh jalan menuju kejayaan.

Persepsi :  Pastikan ianya tidak kurang daripada maklumat yang anda berikan. Cari kehendak yang tersembunyi dan komitmen.Belajar untuk melihat sesuatu keperluan dengan menanyakan soalan, mendengar dan mempelajari bahasa tubuh, yang mendedahkan kepentingan tanda dan rahsia.

Kedudukan yang menguntungkan :  Satu contoh di mana anda dapat mengalah tetapi berjaya mendapat lebih manfaat.

Keutamaan dan penyertaan : Lazimnya ia dapat dirujuk pada alasan yang kukuh dalam pilihan.

Berusaha dan adakan banyak pilihan : Jika anda tidak boleh  membuat satu penjualan buatlah satu pembelian dan mengambil alih.

Berundur sementara sebagai langkah memajukan atau penarikan semula:  Ini menuntut anda bergerak dalam kaedah bertentangan dengan normal dan corak yang lazim.

Lain-lain saranan ialah :
a) Penggunaan kesabarab, masa dan mendiamkan diri,
b) Mengalih perhatian dan fokus semula
c) Menggunakan fakta yang berjadual serta angka-angka yang berkaitan
d) Bergerak cara sedikit-sedikit tetapi dengan kepastian yang kukuh
e) Pertingkatkan usaha menjangkau sempadan kemampuan biasa
f) Kes perundingan untuk perolehan yang maksimum

Selalulah berusaha  untuk mendapatkan kenaikan anda pada saat anda ditawarkan bertugas!

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
Ms 135-340

No comments:

Post a Comment