Monday, November 2, 2015

Pasukan Singa

Seringkali kita memperlakukan anak buah dengan cara Aku menjalankan jawatanku dengan berfikir dan kamu menjalankan jawatan kamu dengan bekerja. Di sini kita akan kehilangan banyak kompetensi dan potensi di bawah slogan yang bahagian luarnya menunjukkan kasih sayang tetapi bahagian dalamnya mengandungi pengusiran.

Ia sama seperti slogan mantan presiden Amerika Syarikat John F Kennedy yang mengatakan: Kita tidak ingin menjadi seperti pemimpin Revolusi Perancis yang mengatakan: Jika anak-anak bangsaku berangkat, naka aku harus mencari tahu ke mana arah perjalanan mereka agar aku boleh memimpin mereka ke mana sahaja mereka hendak pergi.

Sesungguhnya tujuan pendidikan Islam adalah melahirkan para pemimpin tetapi mereka berdisiplin saat pelaksanaan dan penugasan serta bersegera dan berdikari.

Seorang pemimpin seperti kata Montgomery harus bersedia menjadi pelayan bagi kebenaran. Kebenaran sebagai tujuan umum yang memberikan manfaat universal. Beliau harus melatih dirinya untuk hal ini sehingga dia memiliki kesediaan psikologi yang secara utuh memberikan keuntungan kepada orang lain untuk mengikut dirinya. Namun pilihan yang paling ideal bagi seorang pemimpin adalah menyiapkan kader-kader di belakangnya yang teguh berilmu dan bercita-cita untuk melanjutkan tugas setelah kepergiannya (regenerasi).

Jadi kita tidak sependapat dengan penyataan Napoleon yang menyatakan: pasukan dari arnab yang dipimpin oleh singa lebih baik berbanding pasukan singa yang dipimpin oleh arnab.Justeru itu, kita boleh mengatakan yang lebih baik dari itu ialah pasukan singa yang dipimpin oleh singa.

Wallahu alam.

Dr Thariq Muhammad As-Suwaidan
& ProfDr Faishal Umar Basyarahil
Pemimpin Hebat, 2015 

No comments:

Post a Comment