Saturday, November 7, 2015

Indahnya tangisan bersama rasulullah saw

Rasulullah saw……..
terasa cukup mendamaikan hati ketika ini……
walau air mata jatuh membasahi muka bumi…..
di saat menatap lembaran sirah sebuah tangisan
yang jatuh daripada kedua-dua kelopak mata
insan pilihan Tuhan
sayyidina Muhammad saw,
rasul akhir zaman
untuk umat akhir zaman

Rasulullah saw……..
maafkan  umatmu
jika tangisan ini yang pertama kali
sebarkan syafaatmu
walau pertemuan ini yang pertama kali
zahirkan senyumanmu
walau senyuman ini pertama kali
kerana hati ini sentiasa menyakini
seorang nabi tidak mungkin
meninggalkan umatnya walau sekali.

Rasulullah saw……..
merasai detik menangis di sisimu
cukup membahagiakan hati
walau jasad tiada di sisi
hadis-hadismu menjadi pengikat diri
untuk terus menzahirkan
kecintaan kepada nabi.

Ya Rasulullah saw……..
Ini janji daripada seorang hamba
yang bergelar umat
akanku biarkan air mata
untuk terus tumpah ke bumi ini
setelah merasai tangisan bersamamu
wahai rasul umat
tidak akan ku biar ia kering lagi
agar mampu menjadi saksi di hadapan Ilahi.

Ya Rasulullah saw……..
saksikanlah bahawa umatmu yang kerdil ini
akan sentiasa cinta dan rindukepadamu
walau jasad di mamah bumi
tidak sekali-kali hilang cinta sejati
walau dihanyut lautan ombak yang ngeri
akan terus terpahat cinta ini di perut bumi
menjadi bukti pertemuan dengan Ilahi.

Ya Rasulullah saw……..
bilakah lagi tiba saat indah ini
untuk daku terus menangis di ribaanmu
wahai rasul pilahan ilahi.

Syeikh Muhd Mujahid b Sikh Nawawi
Ketika gugurnya air mata rasulullah
2014

No comments:

Post a Comment