Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam, tilik olehmu kepada dirimu dan kepada
sekalian makhlukKu, dan jika engkau dapat akan seorang yang mulia atasmu
daripada dirimu maka iqrarkan olehmu kemuliaannya atasmu dan muliakan olehmu
akan dirimu dengan taubat daripada segala dosa dan dengan mengerjakan akan
segala amal yang soleh.Dan jika adalah dirimu itu indah atasmu maka ingatkan
olehmu akan nikmat Allah Ta’ala atasmu dan akan janjinya yang dijanjikan akan
kamu dengan dia (30) muthimmah
Bermula segala pekerjaan pada hari itu bagi Allah taala, iaitu hari sangat
menyesal segala manusia lagi sangat keluh-kesah. Dan takut oleh kamu akan hari
yang dalamnya itu runtuh segala bukit dan nyata segala balasan dan segera
gelincir matahari dahulu daripada halilintar.
Dan, neraka, iaitu hari yang menjadi tua di dalamnya itu segala kanak-kanak
dan jangan ada kamu itu seperti mereka itu yang berkata mereka itu kami dengar
padahal mereka itu tiada mendengar mereka itu seperti munafiq.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment