Wednesday, September 24, 2014

Ringkasan Eksekutif Laporan Tahunan PPPM 2013 (5)

Kementerian amat menyambut baik maklum balas daripada orang awam

Kementerian amat menyambut baik maklum balas yang dikemukakan secara berterusan daripada rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa. Transformasi sistem pendidikan bukanlah suatu perkara yang mudah. Maklum balas kepada Kementerian pada tahun 2013 begitu menggalakkan dan berupaya memberikan pencerahan dalam beberapa isu terutamanya,

a) Pelaksanaan wajar dipercepatkan
Maklum balas yang berterusan daripada orang awam serta pihak media menyatakan bahawa pelaksanaan inisiati merupakan cabaran terbesar Kementerian. Kementerian mengakui perkara ini dan akan terus meningkatkan pemantauan, tindakan susulan dan pengurusan yang cekap.

b) Kepekaan yang rendah tentang reformasi
Kementeria juga mengakui bahawa kepekaan awam tentang PPPM masih rendah. Dalam mengorak langkah seterusnya. Kementerian akan berusaha lebih gigih untuk melibatkan pelbagai komuniti dan pihak berkepentingan agar lebih ramai yang peka tentang matlamat dan tindakan yang digariskan dalam PPPM.

c) Pengiktirafan oleh masyarakat antarabangsa
Kementerian menerima input bebas daripada masyarakat antarabangsa berkenaan PPPM. Antaranya termasuklah daripada ahli antarabangsa seperti Dr Michael Fullan (Penasihat Khas kepada Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Ontario) dan Dr. Andreas Schleicher (Ketua Analisis dan Indikator,OECD). Input yang diperoleh telah mengiktiraf bahawa ciri-ciri PPPM adalah tepat dan hanya memerlukan pelaksanaan yang berkesan. Pengiktirafan tersebut memperkukuhkan keyakinan Kementerian bahawa transformasi pendidikan ini berada pada landasan yang tepat.

Sokongan dan komitmen yang berterusan amat diperlukan

Transfprmasi sektor pendidikan hanya akan berjaya apabila mendapat sokongan dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak berkepentingan agar melibatkan diri dengan lebih aktif dan menyeluruh dalam melaksanakan pembaharuan pada masa hadapan.

Transformasi pendididikan memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan. Semua pihak mesti bertanggungjawab dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Kementerian berharap agar pembaharuan yang digariskan di bawah akan terlaksana merentasi keseluruhan sistem pendidikan.
 
* Guru akan menjadi pemimpin dalam bilik darjah melalui pembangunan diri dan profesional yang berterusan. Mereka akan menerima lebih banyak sokongan, bimbingan dan latihan daripada Kementerian (contohnya dari PPD dan pembimbing pakar).

* Pemimpin sekolah akan berperanan sebagai pemimpin pengajaran yang cemerlang, bukan sahaja sebagai ketua pentadbir, tetapi meluangkan lebih masa untuk melatih guru serta menjadi agen perubahan di sekolah dan dalam komuniti.

* Pegawai pendidikan di negari dan daerah akan menjadi pembimbing yang lebih baik dan menyokong pihak sekolah. Mereka akan mengadakan lawatan kerja ke sekolah dengan lebih kerap dan membantu sekolah menyelesaikan masalah.

* Pegawai di Kementerian akan berkerjasama dengan lebih rapat dan membuat keputusan berdasarkan analisis data. Mereka akan menumpukan usaha kepada pelaksanaan dan pelibatan pihak berkepentingan, khususnya bagi memastikan penambahbaikan dalam keberhasilan murid.

* Ibu bapa akan menjadi rakan kongsi dalam pembelajaran anak-anak mereka dan bekerjasama rapat dengan pemimpin sekolah dan guru untuk menyokong pembelajaran anak di sekolah dan di rumah.

* Orang awam dan sektor swasta perlu memberikan sokongan padu dan galakan kepada guru dan pemimpin sekolah dan menyedari bahawa transformasi pendidikan memerlukan masa dan usaha. Mereka perlu terus memberikan maklum balas dan bekerjasama secara aktif dengan sekolah dan Kementerian untuk meningkatkan pencapaian sekolah.

Wallahu a’lam.

Laporan Tahunan PPPM 2013
KPM, ms 12-13

No comments:

Post a Comment