Wednesday, September 17, 2014

Ringkasan Eksekutif Laporan Tahunan PPPM 2013 (2)

Kementerian memulakan pembaharuan amalan kerja pada tahun 2013

Pada tahun 2013, Kementerian memulakan pembaharuan terhadap amalan kerja dan memberikan fokus kepada beberpa inisiatif penting bagi mencerminkan pembaharuan tersebut.

* Penubuhan PADU bagi memacu pelaksanaan PPPM:
Sebagai usaha melicinkan pelaksanaan inisiatif, Kementerian telah menubuhkan Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) pada tahun 2013 bagi menggarap bakat daripada sektor awam dan swasta. PADU berperanan memantau, membantu penyelesaian masalah dan menyokong Kementerian untuk mendorong penambahbaikan terhadap keberhasilan prestasi murid seperti yang digariskan dalam PPPM.

* Pengupayaan JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi murid :
Melalui Program Transformasi Daerah yang diperkenalkan di Kedah dan Sabah seramai 352 Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) dan Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+) telah ditugaskan ke PPD untuk memberikan bimbingan secara langsung kepada sekolah berprestasi rendah. Usaha tersebut berjaya meningkatkan prestasi murid di kedua-dua negeri itu. Dialog prestasi berstruktur bagi membincangkan prestasi murid juga telah dilancarkan di JPN.

* Pembangunan dan Pemprofilan Kepimpinan :
Bagi menilai keupayaan semasa di JPN dan PPD, satu kaedah pemprofilan melibatkan 251 jawatan kepimpinan yng utama pada peringkat negeri dan daerah telah dijalankan. Dapatan pemprofilan tersebut akan digunakan untuk membangunkan kumpulan berbakat di Kementerian.

* Penstrukturan dalam Kementerian sudah dimulakan :
Kementerian sudah memulakan langkah penyemakan semula struktur organisasinya pada setiap peringkat – persekutuan, negeri, daerah dan sekolah.

Wallahu a’lam.

Laporan Tahunan PPPM 2013
KPM, ms 9

No comments:

Post a Comment