Thursday, September 11, 2014

Pengurusan tatatertib yang berkesan

Terdapat tiga peringkat. Di antara langkah-langkah yang boleh diambil mengikut peringkat termasuklah :

I) Pencegahan

a) Memastikan peraturan, panduan dan manual prosedur kerja jelas, lengkap dan kemas
b) Memaklumkan dan memantau sistem, prosedur dan proses kerja pegawai pelaksana
c) Memantau gaya hidup pegawai dan kakitangan di bawah penyeliaan.
d) Menetapkan standard tempoh masa untuk melaksanakan kerja sehingga selesai
e) Penurunan kuasa secara  bertulis kepada pegawai-pegawai bawahan dan menentukan kriteria yang jelas dalam membuat keputusan, polisi dan dasar
f) Mesyuarat dan perjumpaan berkala dengan pegawai bawahan sebagai sistem pelaporanserta memberi ruang membuat keputusan secara kolektif dan
g) Penilaian prestasi yang berterusan.

II) Pembaikan

a) Perbincangan / rundingan
b) Amaran lisan berekod
c) Lain-lain tindakan seperti penempatan semula bagi mendapatkan suasana baru dan kursus motivasi
d) Rujuk ke Lembaga Perubatan
e) Rujuk kepada kaunselor jabatan bagi sesi kaunseling dan motivasi

III) Hukuman

a) Melakukan siasatan terhadap pelanggaran tatatertib yang dilakukan
b) Menyediakan laporan kepada Lembaga Tatatertib dan syor hukuman tatatertib
c) Melaksanakan urusan pentadbiran prosiding tatatertib dan
d) Menjalankan fungsi spesifik seperti dalam Peraturan-Peraturan Awam (Pegawai dan Tatatertib) 1993 (P.U.A) 395

Wallahu a’lam

Toolkit Pengetua dan Guru Besar
BPSM, KPM, 2010

No comments:

Post a Comment