Wednesday, September 10, 2014

Klorofil

Negaranya kloroplas
dan dia setia di situ
menyerap ungu
membalikkan warna daun-daunmu.
Hakikatnya bukan hijau
seperti dibaca oleh mata
tetapi cincin forfirin penyerap kilau
pemula enjin kitaran kimia sejagat
sekujur hayat kelangsungan nikmat.


Dia molekul yang besar
namun kecekapannya kerana berpasangan
realiti kerjasama yang kita abaikan.

Dia bibit yang rumit
namun utuh dengan lima unsure
dan teguh dengan ratusan atom
reality perpaduan yang kita persiakan.

Dan lerainya memerangkan daun
menamatkan tahun
di hujung dahan.

Ramlah Abd. Wahab
Desa Alam, Shah Alam Selangor
Mingguan Malaysia
7 September 2014

No comments:

Post a Comment