Wednesday, September 17, 2014

Amalan pertahanan rumah

Untuk pertahanan rumah dari kejahatan sihir maupun pencurian, menurut yang dipesan oleh orang tua hendaklah diamalkan tiap-tiap malam:

a) Sesudah Maghrib, jadi!
b) Hendak tidur boleh, bacalah

1. Fatihah 1 kali, Al-ikhlas 11 kali, al-falaq 1 kali dan Annas 1 kali lantas hadiahkan kepada Abubakar Asshiddiq.
2. Demikan baca lagi seperti di atas (no.1) dan hadiahkan pahalanya kepada Umar Ibnu Khattab.
3. Bacalah lagi seperti di no. 1 lantas hadiahkan kepada Usman Ibnu Affan.
Terakhir bacalah lagi seperti di atas ( iaitu 1 kali fatihah, 11 kali Qulhu dan sekali-sekali Ma’uzatain dan dihadiahkan kepada Ali bin Abi Talib.
4. Habis itu barulah bertahlil La Ilaaha Illa’llah 111 kali
5. Kemudian, baca pula 44 kali Salaamun Qaulammi rabbi rrahim. Ertinya : (Kepada mereka dikatakan) : Salaam sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang Maha Penyayang (Yasin:58).

Mudah-mudahan terjagalah rumahnya dari bencana kejahatan manusia dan ganguan jin.

Wallahu a’lam.

H. Abu Bakar Yacub
Senjata Mukmin, P.T.Bungkul Indah
Surabaya, 1984

No comments:

Post a Comment