Tuesday, February 4, 2014

Hubungan dengan Tuhan ( 3 )

a) Kaya sebenar bukan kerana memiliki, tetapi apabila tidak dimilki. Apabila kita terlalu ingin memiliki sesuatu atau pun seseorang, tanpa sedar kita telah dimiliki olehnya.
b) Orang yang mengetahui Allah ada, masih tega melalukan kejahatan. Orang yang sudah merasai Allah ada, tidak akan berani melakukan kejahatan. Tauhid sudah dihayati; sudah meresap ke dalam hati. Tidak hanya berlegar-legar sebatas kepala (akal).
c) Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding diri kita sendiri. Inilah penawar untuk hati, apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam hidup. Hakikatnya, telah banyak kali sesuatu yang baik kita nikmati, walaupun pada mulanya itu tidak ingin terjadi. Dan itulah akan terus terjadi hari ini, esok dan hingga akhir nanti.
d) Siapa yang takut kepada Allah, Allah akan menjadikan seluruh makhluk takut kepadaNya. Siapa yang tidak takut kepada Allah, Allah akan menjadikan dia takut kepada seluruh makhlukNya.
e) Apabila bersendirian, jangan kau katakan  aku sunyi….sebaliknya bisikkan di dalam hati, padaku sentiasa ada Pemerhati. Allah jualah Pemerhati yang sentiasa di sisi kesunyian diri.
f) Kita buat baik bukan kerana kita sudah menjadi orang yang baik tetapi itulah usaha kita untuk menjadi orang yang baik.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment