Wednesday, February 5, 2014

Anak muda


Anak muda zaman ini
Suka merayau ke sana ke sini.

Anak muda hormat yang tua
Pasti belajar banyak petua.

Anak muda leka berhibur
Akal fikiranya selalu kabur.

Anak muda buat jahat
Sudah tak dengar segala nasihat.

Anak muda kepala batu
Tingkah laku seperti hantu.

Anak muda asyik ketawa
Tidak hairan ditimpa kecewa.
 
Anak muda berlaku sumbang
Iman di dada habis terbang.

Anak muda cepat marah
Tegur sedikit naik darah.

Anak muda mahu segera
Darah panas menghuru hara.

Anak muda ligat menari
Rancak sampai tak sedar diri.

Anak muda pandai menyanyi
Hidupnya riang tidaklah sunyi.

Anak muda khayal termenung
Fikiran kusut bertambah bingung.

Anak muda buang masa
Akhirnya diri pasti binasa.

Anak muda bijak bercakap
Ilmu yang ada biar lengkap.

Anak muda malas bekerja
Badan sihat jangan dimanja.

Anak muda berangan-angan
Seperti Mat Jenin jadi kenangan.

Anak muda menghisap rokok
Nanti batuk terkokok-kokok.

Anak muda mengambil dadah
Memang sengaja menempah padah.

Anak muda mahu cepat
Saying sekali belum tentu dapat.

Anak muda pandai bergaya
Wang tiada berlagak kaya.

Anak muda suka mencuri
Kena tangkap tangan digari.

Anak muda tidak jujur
Malang tak berbau pasti terlanjur.

Anak muda lupa diri
Akan menyesal kemudian hari.

Anak muda bercita-cita tinggi
Ke mana sahaja boleh pergi.

Anak muda bekerja kuat
Apa diharap dapat dibuat.

Anak muda marah dan benci
Tegur nasihat dikata mencaci.

Anak muda mudah kecewa
Turutkan hati terseksa jiwa.

Anak muda yang baik hati
Tua muda tetap dihormati.

Anak muda berbusi bahasa
Itu tandanya membalas jasa.

Anak muda tahan diuji
Sama ada dihina ataupun dikeji.


Anak muda rajin belajar
Apabila berjaya memang wajar.

Anak muda merendah diri
Rajin belajar dan jati diri.

Anak muda pantang putus asa
Tekun tabah sepanjang masa.

Anak muda dengar nasihat
Tidak akan berbuat jahat.

Wallahu alam.

Mohd Sidek b Mohd Dollah
Gurindam jiwa mengusik hati,2012

No comments:

Post a Comment