7. Detailed (Perincian) –
memperincikan dengan teliti segala pemikiran bagi setiap tindakan dan jangkaan
kesan tanpa mengorbankan kejelasan (clarity)
terutama dalam mencari penyelesaian yang lebih kreatif sifatnya, dan serentak
membawa ciri-ciri distinctive dalam
merekayasa kelebihan persaingan. Kaedah deliberative
perlu diutamakan untuk menentukan segala perincian telah dihalusi dan dititik
berat supaya tidak mengelirukan keadaan serta menjejaskan imej dan persepsi
positif organisasi. Dokumentasi (satu lagi abjad D) sewajarnya merupakan
sebahagian daripada prinsip ini kerana tanpa dokumentasi yang teliti, perincian
akan sukar dihayati. Ingat pepatah Inggeris:
The devil is in the details (dua lagi abjad D).

9. Dexterity (Serba mahir atau
ketangkasan) – mempamerkan berbagai-bagai kebolehan merentasi bidang (transdisciplinary) yang sesuai dengan
dimensi kepelbagaian (diversity) yang
dianjurkan. Terdapat organisasi yang menyasar kepada penerokaan sesuatu yang
unggul (distinctive). Imbuhan trans dalam istilah transdisciplinary sekali gus memusatkan aspek antara bidang ilmu,
pelbagai bidang ilmu malah merangkumi semua bidang ilmu – wawasan dan pengalaman
baru untuk pembelajaran. Terutama mempergiatkan kefahaman sains dalam sastera
dan sastera dalam sains sebagai asas perkembangan ilmu yang seimbang dan
menyeluruh. Matlamatnya untuk memberi kefahaman tentang dunia semasa, yang satu
daripada tuntutannya (imperatitnya) ialah kesatuan ilmu, yakni satu kerangka
baru menyusun ilmu dan berwacana bagi mengatasi masalah yang kian kompleks. Dexterity lazimnya lebih mudah
mencetuskan sikap menemui sesuatu yang baru (lebih kepada discovering daripada discovery)
kerana pendekatan yang diberi agak menyeluruh dan spontan.
Wallahu alam.
Dzulkifli Abdul Razak
Revolusi Pendidikan
Merekayasa Sebuah Universiti, 2005
Today’s expert is a person telling us what yesterday’s expert did wrong.