Monday, December 24, 2012

Mewahkan rasa syukurmu 1


Ya Allah
Engkau ciptakan kami daripada segumpal darah
Engkau ciptakan kami menjadi segumpal daging
Engkau ciptakan kami dari tulang-belulang
Engkau ciptakan kami menjadi manusia
kini hati kami Engkau hidupkan.
                     
Engkau tiupkan roh di hati kami
hingga kami menjadi manusia yang sempurna
yang mampu melihat
yang mampu mendengar
yang mampu berkata-kata
yang mampu berasa.

Demikian sempurna Engkau mencipta kami
hingga kami lupa bahawa kami diciptakan olehMu
demikian sempurnanya ciptaanMu ini
hingga kami tak menyedari
bahawa kami hanyalah ciptaanMu
hingga kami tak merasa
bahawa diri kami diciptakan daripada ketiadaan
hingga kami tak menyedari
bahawa kami diciptakan hanya daripada setitis air yang hina.

Duhai Yang Maha Sempurna
saat kami mengakui  
bahawa Engkau yang menghidupkan kami
bahawa Engkaulah yang memberikan penglihatan kami.

Allah humma Ya Allah
inilah kami yang sentiasa lupa
bahawa hidup kami adalah milikMu
mata kami adalah milikMu
telinga kami adalah milikMu
jiwa kami adalah milikMu.

Dr Ari Ginanjar Agustian

No comments:

Post a Comment