Saturday, December 22, 2012

Laits bin Saad dan Imam Abu Hanifah


Laits bin Saad bertemu dengan Imam Abu Hanifah dalam majlis Imam Malik bin Anas di Madinah. Pada suatu malam, Laits masuk ke rumah Imam Malik. Malam itu udara sangat sejuk sekali tetapi Laits menemukan Imam Malik sedang mengelap peluhnya. Laits pun menanyakan kenapa dia berpeluh padahal malam sangat dingin. Malik menjawab : Aku berpeluh kerana Abu Hanifah. Dia sungguh seorang fakih wahai orang Mesir. Imam Malik tidak menyukai Al-Jadal (perdebatan), sedangkan Imam Abu Hanifah sangat menyukainya.

Seseorang telah bertanya: Wahai Abu Hanifah, aku adalah seorang laki-laki dari penduduk Khurasan dan mempunyai harta yang banyak. Aku juga mempunyai seorang anak yang tidak terpuji, aku tidak memiliki anak selain dia. Jika aku menikahkannya, dia akan mentalak (isterinya) dan jika aku memberinya gundik, dia akan membebaskannya. Aku sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi, apakah ada solusinya?

Dengan cepat Imam Abu Hanifah menjawab : Belilah olehmu seorang  budak perempuan yang disukai oleh anakmu, kemudian nikahkanlah dia dengan anakmu. Jika anakmu mentalaknya, maka kemilikan itu akan kembali kepadamu dan jika dia membebaskannya, maka dia membebaskan sesuatu yang bukan miliknya.

Laits pun berkata tentang jawapan Imam Abu Hanifah tersebut. Demi Allah, perkataannya sangat mengagumkanku di samping kepintaran dan kecepatannya dalam menjawab.

Wallaahu a’lam.

(Mendekati peribadi imam-imam pewaris para nabi; Muhammad Aizat Farhan)

No comments:

Post a Comment