Kafa : 13 negeri catat keputusan lulus seratus peratus
PUTRAJAYA – Tiga
belas buah negeri mencatatkan keputusan lulus seratus peratus dalam peperiksaan
Ujian Penulisan Kelas Kafa (UPKK) 2012 berbanding 12 buah negeri pada tahun
lepas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata
hanya Wilayah Persekutuan mencapai keputusan 99 peratus lulus.

Katanya bagi kelulusan mengikut mata pelajaran pula, subjek
Amali Solat mencatat kadar kelulusan tertinggi iaitu 99.93 peratus diikuti
Penghayatan Cara Hidup Islam 99.91 peratus manakala bidang al-Quran 98.48
peratus.
Jamil Khir berkata berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS),
Selangor muncul negeri terbaik dengan 1.55 mata, diikuti Melaka (1.59 mata) dan
Terengganu (1.64 mata). Seramai 186 966 calon menduduki peperiksaan UPKK 2012
yang diadakan dari 1 hingga 4 Oktober lepas.

Katanya daripada 4 422 calon peperiksaan itu, jumlah calon yang mendapat gred A ialah 1 567 orang iaitu 35.4 peratus berbanding 371 orang tahun lepas.
Jumlah calon yang mendapat 8A seramai 811 orang (18.34%)
berbanding tahun lepas hanya 13 orang (0.3 peratus) dan sembilan orang (0.2 peratus)
pada 2010, katanya pada siding akhbar di sini, hari ini.
Nasir berkata tiada calon yang mendapat 8D atau status lulus
tidak mencapai tahap pada tahun ini berbanding lima orang atau 0.1 peratus pada tahun lepas.
Ini menunjukkan lonjakan peningkatan yang sangat besar telah
dicapai dan membuktikan pelaksanaan program Kafa menunjukkan kesan yang baik
kepada peningkatan ilmu agama di kalangan anak-anak kita, katanya – Bernama.
( Sinar Harian, 12 Dis 2012 )
No comments:
Post a Comment