Saturday, February 9, 2013

Tepat dalam CTI-PCI


Mengarusperdana budaya ketepatan

Tepat boleh didefinasikan sebagai satu tindakan yang tidak menyimpang daripada sasarannya (tumpuannya) serta mengikut ketetapan, kejituan dan standard yang telah dipersetujui, diputuskan dan dimuktamadkan. Tepat juga boleh didefinasikan dari sudut masa di mana sesuatu tindakan itu dilakukan mengikut waktu yang tidak kurang atau lebih jangka masanya seperti yang telah ditentukan. Ringkasnya satu tindakan yang dilaksanakan mengikut sasaran, ketepatan, kejituan dan standard yang telah dipersetujui dalam tempoh masa yang ditentukan.

Empat aspek ketepatan :

a) Memberikan maklumat
b) Membuat keputusan
c) Melaksanakan tindakan
d) Membuat penilaian

Renungan minda
Ketepatan masa – pengukur martabat bangsa

Jepun, negara Asia pertama yang menerajui teknologi kereta api yang berkelajuan tinggi telah membuka landasan kereta api berkelajuan tinggi pertama di dunia pada tahun 1964. Perkhidmatan keretapi api berkelajuan tinggi ini dimulakan dengan Tokaido Shinkansen bullet train yang mampu mencapai kelajuan sehingga 160 mph dan menjadi antara jaringan kereta api paling sibuk di dunia dengan seramai 378 000 penumpang pada setiap hari. Purata ketibaan bullet train ini adalah selang lima hingga sepuluh minit berdasarkan kepada tempat dan waktu. Perjalanan dari Tokyo ke Kyoto sepanjang 513 km hanya memakan masa dua jam dan 18 minit.

Wallaahu a’lam.

Mampu, JPM
2012

No comments:

Post a Comment

Post a Comment