Saturday, February 9, 2013

Integriti dalam CTI-PCI


Mendakap intergriti

Integriti bermaksud perihal sifat individu dan organisasi yang sempurna berteraskan nilai-nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksana. Intergriti merangkumi sifat-sifat menyeluruh seseorang individu atau sesebuah organisasi berdasarkan nilai-nilai murni sejagat termasuk juga aspek akauntabiliti. Sifat-sifat ini perlu diperlihatkan oleh penjawat awam melalui pelaksanaan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan demi kepentingan umum

Renungan minda
Meneladani tokoh konglomerat mendominasi dunia korporat

Warren Buffet, Ketua Pegawai Eksekutif, Berkshire Hathaway, Amerika Syarikat adalah pakar pelaburan yang hebat dan juga salah seorang tokoh terkaya di dunia. Terkenal dengan jolokan Oracle of Omaha, Buffet sememangnya merupakan ikon besar dalam dunia pelaburan saham.

Beliau juga merupakan seorang dermawan yang disegani dan sangat terkenal dengan gaya hidup yang sederhana walaupun memiliki segala kekayaan. Antara kata-kata tersohor beliau yang sering menjadi rujukan kepada pengurus-pengurus konglomerat besar dunia ialah :

In looking for people to hire, you look for three qualities : integrity, intelligence and energy. And if they don’t have the first, the other two will kill you. (Bagley, 2008)

Terpancar daripada kata-kata tersebut, beliau meletakkan aspek integriti di tempat teratas dalam memilih pegawai yang mempunyai keperibadian yang unggul untuk bertugas di organisasi beliau.

Wallaahu a’lam.

Mampu, JPM
2012 

No comments:

Post a Comment