Saturday, February 16, 2013

Keperluan mengikut sunnah


Permata  4 :

Daripada Abu Muhammad, Abdullah bin Amru bin al-Ash ra daripada nabi Muhammad saw bersabda :

Tidak beriman seseorang daripada kalangan kamu sehingga hawa nafsunya mengikut apa yang aku bawa. (Riwayat al-Bukhari)

Mutiara hikmah :

a) Jadikan nabi Muhammad saw sebagai teladan, kerana baginda adalah pemimpin yang menghantar kepada kebahagiaan, yang menunjukkan kepada kejayaan dan menghantar kepada keuntungan dan kejayaan.

b) Bergembiralah dengan hal-hal yang boleh menghapuskan dosa-dosa, misalnya amal soleh, musibah-musibah, taubat, doa dari kaum muslimin, rahmat dari yang Maha Pengasih dan syafaat dari rasulullah saw.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment