Tuesday, February 5, 2013

Doa Asma’ul Husna


Ya Allah, wahai Dia Yang demikan Adanya dan akan sentiasa demikan Adanya,
serta tidak  seorang pun yang demikan AdaNya selain Dia, kami memohon kepadaMu, ya Ilahi, Tuhan kami, junjungan kami, Kepercayaan kami dan tumpuan harapan kami, dengan simpul-simpul keperkasaan dari Arsy-Mu, puncak rahmat dari KitabMu, wajahMu yang teramat mulia, namaMu yang teramat agung, kebesaranMu yang teramat tinggi dan kalimah-kalimahMu yang semuanya sempurna, diberkati dan tidak seorang pun melampauinya, orang baik mahu pun orang jahat, agar Engkau mencurahkan selawat, salam dan berkat, kepada pemimpin kami, nabi kami, junjungan kami, Muhammad dan kepada keluarganya, pada setiap pandangan mata dan hembusan nafas, sebanyak bilangan semua yang diliputi oleh ilmuMu.

Agar Engkau menganugerahi kami puncak kelazatan pandangan ke wajahMu, puncak kerinduan kepada perjumpaan denganMu, puncak pengentahuanMu, puncak kecintaan kepadaMu, puncak penyaksianMu, puncak pembicaraan denganMu, puncak kesihatan baik dariMu, puncak perhatianMu, puncak ilmu-ilmuMu, puncak cahaya-cahayaMu, puncak rahsia-rahsiaMu, puncak yang telah Engkau berikan kepada nabiMu, Saidina Muhammad saw.

Tanpa ada kesusahan yang merugikan, dan tanpa ada fitnah yang menyesatkan dan agar Engkau menguatkan kami dalam hal itu, sebagaimana Engkau menguatkan baginda dan Engkau dukung kami sebagaimana Engkau telah mendukung baginda. Sesungguhnya, Engkau Maha Kuasa ke atas segala sesuatu. Engkaulah yang layak mengabulkan, Engkau sungguh pemelihara dan penolong terbaik. Aameen.

Doa-doa para nabi dan wali;
Sayyid Muhammad b Alawi Al-Maliki.

No comments:

Post a Comment