Tuesday, February 19, 2013

Cahayakan rumahmu


Permata  9 :

Daripada Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda: Cahayakanlah rumah-rumah kamu dengan solat dan bacaan al-Quran. (Riwayat al-Baihaqi)

Mutiara hikmah :

a) Abdullah bin al-Mubarak berkata: Orang-orang soleh suka mengkhatamkan al-Quran di musim kemarau pada siang hari, dan di musim hujan (dingin) di waktu malam supaya doa malaikat kepada mereka lebih lama dan lebih banyak.

b) Faedah membaca itu sungguh banyak, di antaranya melancarkan lidah, mengembangkan akal, menjernihkan fikiran, menghilangkan keresahan, mengambil pelajaran dari berbagai pengalaman, memetik nilai-nilai keutamaan.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment