Thursday, February 14, 2013

Kewajipan Istiqamah


Permata 1 :

Daripada Abi Amrah Sufyan bin Abdillah ra katanya : Aku bertanya : Hai rasulullah, ajarlah kepadaku berkenaan Islam perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorangpun selainmu. Sabdanya : Katalah, iaitu aku beriman dengan Allah kemudian istiqamah.

(Riwayat Muslim, al-Baihaqi dalam al-Sunan, Ahmad dalam Musnadnya dan al-Daraqutni dalam al-Sunan)

Mutiara hikmah :
 
a) Jangan sia-siakan usia anda dengan sering bertukar ganti kerjaya dan pekerjaan. Sikap suka bertukar ganti seperti ini menunjukkan bahawa anda tidak pernah berjaya dalam apa jua hal pun.

b) Jangan jadi seperti lalat yang hanya hinggap di atas luka. Jangan mempermainkan kehormatan orang lain, mengkotak katik aib mereka, merasa senang dan bahkan menginginkan kejatuhan mereka.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment