Sunday, February 10, 2013

Productivity dalam CTI-PCI


Menjulang produktiviti

Produktiviti diibaratkan sebagai enjin yang membawa kepada kebaikan secara keseluruhannya. Jika produktiviti bagi sesuatu agensi menunjukkan pertumbuhan, sudah pasti ia akan membawa kebaikan kepada rakyat (Bleischwitz dan Von Weizsacker, 1999)

Renungan minda:
Tabung Baitulmal Sarawak – Idea inovasi meningkatkan produktiviti

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) mula mendapat perhatian negara selepas berjaya menggondol Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan 2010 melalui Sistem Aplikasi Pengurusan dan Pemantauan Zakat. Badan ini terus melakar sejarah apabila sistem berkenaan turut digunapakai untuk penubuhan Baitulmal Australia dan Baitulmal New Zealand pada Oktober 2011.

Terpancarnya kecemerlangan TBS lahir atas inisiatif berteraskan inovasi warga kerja badan ini sendiri. Berganjak dari kelaziman sebagai sebuah badan yang hanya menyediakan kemudahan mengutip, mengagih, mengurus dana zakat, dana wakaf dan dana baitulmal, TBS mula mengorak langkah berpandukan sistem pengurusan yang lebih anjal daripada perubahan semasa dengan memberi fokus kepada urus tadbir korporat termasuk terlibat dalam pengurusan hartanah dan mempelbagaikan portfolio pelaburan.

Wallaahu a’lam.

Mampu, JPM
2012

No comments:

Post a Comment