Sunday, February 17, 2013

Asas-asas keimanan


Permata  7 :

Lima perkara daripada keimanan, siapa yang tiada satu daripadanya nescaya tidaklah sempurna iman baginya: Menyerah kepada segala urusan Allah, reda dengan qadak Allah, menyerahkan diri kepada Allah, tawakal kepada Allah dan sabar ketika permulaan permulaan bencana. (Riwayat al-Bazzar)

Mutiara hikmah :

a) Kami meninggalkan sembilan daripada sepuluh yang halal kerana khuatir syubhah atau masuk dalam perkara yang haram

b) Selawat dan salam ke atas rasulullah saw yang maksum yang akan menghilangkan kegundahan, yang membuang keresahan, yang menyembuhkan hati terluka, membuka pintu ilmu dan dengan ilmu tersebut diperolehi keutamaan yang telah dibahagi-bahagi.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment