Sunday, February 10, 2013

Creativity dalam CTI-PCI


Mengungguli kreativiti

Kreativiti merangkumi segala aspek dan keupayaan dalam bertindak, menyelesaikan masalah dan menambah baik keperluan semasa dalam perkhidmatan awam. Kreativiti dalam berfikir, kreativiti menyelesaikan masalah dan kreativiti terhadap menambah baik penyampaian perkhidmatan dapat mencari jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan dalam perkhidmatan awam.

In business, originality isn’t enough. We need to be creative; an idea must also be appropriate – useful and actionable. It must somehow influence the way business gets done that is by improving a product, for instance, or by opening up a new way to approach process ( Masatoshi Naito; CEO Matsushita Corp.)

Renungan minda
Levi’s Strauss : Kreativiti kecil berimpak besar

Jacob Davis dan Levis Strauss dua pendatang Amerika Syarikat telah mencipta pakaian yang paling terkenal di dunia. Semasa California Gold Rush pada tahun 1870, seorang pelanggan meminta Jacob Davis menyediakan sepasang seluar yang berkos rendah untuk suaminya. Seperti isteri pelombong yang lain, dia mempunyai aduan yang sama iaitu apabila pelombong ini mendapat ketulan emas mereka, ia diletakkan ke dalam poket seluar.

Lama kelamaan poket tersebut akan lusuh dan koyak disebabkan oleh berat ketulan emas itu. Seluar tersebut juga tidak murah memandangkan pelombong-pelombong tersebut bersaiz besar.Wanita tersebut telah membayar $3 kepada Davis untuk mereka bentuk seluar yang lebih tahan lama.

Jacob memutuskan untuk mengukuhkan poket dan menggunakan butang tembaga untuk seluar tersebut. Warna seluar diubah dari kain duck white kepada denim. Warna indigo atau biru supaya kotoran pelombong tidak jelas kelihatan pada seluar dan kain tidak mudah koyak. Pembekal kain tersebut adalah Levi Strauss.

Seluar ini menjadi popular, reka bentuknya diikuti ramai. Pada 1886, perkataan Levi Strauss  telah dijahit pada poket belakang dan simbol kulit pada belakang seluar bagi mempatenkan reka bentuk seluar tersebut.

Apa yang bermula sebagai seluar untuk sekumpulan pelombong hari telah mengubah fesyen pakaian di seluruh dunia dengan hanya berbekalkan benang, logam dan denim. Ini menunjukkan dengan sedikit kreativiti, sesuatu baharu dapat dicipta untuk menjadi sesuatu yang lebih baik dan memenuhi keperluan pelanggan.

Wallaahu a’lam.

Mampu, JPM
2012

No comments:

Post a Comment