Thursday, February 21, 2013

Jangan bersifat bengis


Permata  13 :

Daripada Abu Hurairah ra bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi saw: Wasiatkan kepadaku. Sabda baginda : Janganlah marah. Kemudian beliau berulang kali bertanya. Sabda baginda : Janganlah marah. (Riwayat al-Bukhari)

Mutiara hikmah :

a) Luqman al-Hakim menasihati anaknya seraya berkata: Hai anakku, tiga perkara tidak diketahui kecuali pada tiga. Orang yang sabar tidak diketahui kecuali ketika marah, orang yang berani tidak diketahui kecuali ketika perang dan sahabat sejati tidak diketahui ketika berhajat.

b) Jangan marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah perilaku, memburukkan pergaulan, merosakkan cinta dan memutuskan tali silaturahim.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment