Thursday, February 21, 2013

Pelbagai jenis nasihat


Permata  14 :

Daripada Abi Ruqayyah, Tamim al-Dariy ra, bahawa nabi saw bersabda: Agama itu merupakan nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa? Sabda baginda: Bagi Allah, KitabNya, rasulnya, pemimpin-pemimpin orang Islam dan masyarakat semuanya. (Riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Nasaie)

Mutiara hikmah :

a) Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah berkata: Tiadalah yang kekal pada zaman kita seseorang lebih diketahui bahawa mengambil nasihat dengan berlapang dada.

b) Seorang lelaki bertanya kepada Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah: Adakah masih kekal pemberi nasihat?. Jawabnya: Adakah kamu mengetahui siapa yang menerimanya.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment