Banyak
undang-undang
Di dalam Al-Quran, wahyu berkaitan undang-undang
dan hukuman turun di hujung tempoh kerasulan. Tidak banyak diperkatakan
mengenai hukuman berbanding persoalan lain. Maksudnya, Allah SWT memberi
panduan kepada manusia supaya mengutamakan didikan berbanding hukuman. Didikan
yang sangat diutamakan pula ialah membina iman, takwa, peribadi dan akhlak.

Manusia yang berjaya dididik tidak memerlukan
banyak undang-undang kerana sangat minima membuat kesalahan. Banyaknya undang-undang
itu menjadi bukti mereka sangat mengunakan akal yang mana akal tidak boleh dan
tidak mampu mendidik rohani, akal dan terutamanya nafsu. Mereka hanya
menggunakan akal dalam usaha mengatasi masalah. Sedangkan masalah manusia
kerana nafsunya. Maka banyaklah berlaku kaedah trial and error. Sedangkan kaedah itu tidak sesuai dipraktikkan
untuk manusia.
Wallahu a’lam
Shuib
Sulaiman
Rasulullah
tokoh transformasi
2012
No comments:
Post a Comment