Wednesday, March 11, 2015

Bicara hati anak (2)


6. Usah menyebabkan saya berasa bahawa kesalahan saya itu satu dosa. Ini mengelirukan perasaan dan nilai diri saya.

7. Usah melindungi saya daripada perbuatan yang mendatangkan mudarat. Kadangkala, saya perlu belajar melalui pengalaman pahit.

8. Usah bimbang jikalau saya katakan: Saya benci ibu dan bapa. Sebenarnya, saya bukan membenci ibu dan bapa, tetapi saya membenci kuasa yang ada pada mereka, iaitu kuasa yang menghalang cita-cita saya.

9. Usah bimbang apabila saya kurang sihat. Ini kadangkala membolehkan saya mendapatkan perhatian yang diperlukan.

10. Usah meleteri saya. Jikalau ibu dan bapa terus berleter, saya terpaksa memekakkan telinga.

Wallahu a’lam.

Padanya ada bahagia
Dr. Robiah K.Hamzah
Bahruddin Bekri
2014

No comments:

Post a Comment