Putrajaya: Seramai 11,289 calon
memperoleh gred cemerlang Gred A+,A dan A- bagi semua mata pelajaran diduduki
dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang diumumkan
semalam.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata sebahagian besar calon
memperoleh keputusan cemerlang itu adalah mereka yang mengambil sembilan dan 10
mata pelajaran.
Katanya daripada 11,289 calon yang memperoleh
keputusan cemerlang itu, 9,438 daripadanya dari sekolah bawah Kementerian
Pendidikan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan penurunan
jumlah pelajar memperoleh gred cemerlang itu disebabkan sikap calon yang masih
mengulangkaji mengikut cara lama, berbanding penguasaan ilmu.

Beliau menjelaskan tahun lalu 455,839 calon
mendaftar menduduki SPM berkurangan 14,556 orang berbanding 470,395 calon pada
2013, masing-masing wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk
layak mendapat sijil SPM.
Beliau menjelaskan, Gred Purata Nasional (GPN)
yang diguna bagi mengukur pencapaian calon seluruh negara dengan nilai semakin
kecil menunjukkan pencapaian lebih baik, menyaksikan GPN bagi SPM 2014 menurun
kepada 5.08 mata, berbanding 4.93 pada tahun 2013.
Begitu juga prestasi stiap mata pelajaran, diukur
menggunakan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dengan nilai kecil merujuk kepada
prestasi lebih baik.
Berdasarkan GPMP bagi SPM 2014, sebanyak 28
daripada 73 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 43 menurun manakala
dua lagi mengekalkan prestasi sama.
Kumpulan pakar pentaksiran dari luar negara
merangkumi Cambridge International Examinations (CIE), Pearson Qualification
Services, United Kingdom dan Educational Testing Services (ETS) Amerika
Syarikat berpuas hati dengan proses pembinaan instrumen dan pemeriksaan skrip
jawapan peperiksaan, katanya.
Beliau berkata, kumpulan pakar terbabit dijemput
menyertai Mesyuarat Penentuan Standard SPM 2014 bagi tujuan menanda aras dan
menjamin mutunya pada peringkat antarabangsa.
Pencapaian SPM 2013 – 2014
Negeri
|
GPN 2013
|
GPN 2014
|
Bil murid cemerlang (Gred
A+,A,A-)
|
1. Kuala Lumpur
|
4.55
|
4.73
|
776
|
2. Pulau Pinang
|
4.73
|
4.83
|
952
|
3. Negeri Sembilan
|
4.70
|
4.85
|
624
|
4. Pahang
|
4.84
|
4.87
|
341
|
5. Labuan
|
4.78
|
4.88
|
20
|
6. Selangor
|
4.77
|
4.95
|
2122
|
7. Terengganu
|
4.90
|
5.00
|
360
|
8. Johor
|
4.87
|
5.00
|
1204
|
9. Kelantan
|
4.89
|
5.03
|
314
|
10. Melaka
|
4.96
|
5.17
|
343
|
11. Kedah
|
5.04
|
5.19
|
484
|
12. Perak
|
5.01
|
5.20
|
934
|
13. Perlis
|
5.26
|
5.31
|
55
|
14. Sarawak
|
5.31
|
5.44
|
709
|
15. Sabah
|
5.30
|
5.56
|
160
|
Nasional
|
4.93
|
5.08
|
9438
|
Wallahu a’lam.
Berita
Harian
4 Mac 2014
No comments:
Post a Comment