Walaupun dengan penaklukan secara besar-besaran
ini – di bawah pimpinan para sahabat dan penggantinya Saidina Abu Bakar dan
Saidina Umar Ibn al-Khattab – bukanlah merupakan titik akhir kebangkitan bangsa
Arab. Sehingga tahun 711, tentera Arab telah menyapu bersih dengan merentasi
Afrika Utara sehingga ke Lautan Atlantik. Di sana, mereka beralih ke utara dan
merentas Selat Gibraltar dan menakluki kerajaan Visigothic di Sepanyol.
Untuk seketika, ia kelihatan seperti orang Islam
akan membanjiri Eropah. Bagaimanapun pada tahun 732 semasa Perang Tours,
tentera Islam yang telah terlajak ke gtengah Perancis telah dikalahkan oleh
tentera Perancis. Bagaimanapun, dalam tempoh peperangan yang begitu singkat,
tentera Islam yang didorong oleh nabi Muhammad saw telah melakarkan empayar
dari sempadan India hinggalah ke Lautan Atlantik – empayar terbesar di dunia
yang pernah dilihat. Dan di mana sahaja penaklukan tentera, sebilangan besar
pengikut turut memeluk agama Islam.

Wallahu a’lam
Michael
H.Hart
Senarai 100
tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah
2005
No comments:
Post a Comment