Tuesday, March 10, 2015

Bicara hati anak (1)

 
1. Usah manjakan saya, saya sedar perbuatan ini tidak patut. Saya juga tahu bahawa tidak semua permintaan saya perlu dilayan. Saya cuma mahu menguji ibu dan bapa sahaja.

2. Usah takut bersikap tegas terhadap saya, saya suka ketegasan kerana saya berasa lebih selamat.

3. Usah biarkan saya membentuk tabiat buruk. Saya berharap ibu dan bapa mengesan tabiat ini sebelum ia berlarutan dan berakar umbi.

4. Usah cuba memperkecil-kecilkan saya. Sikap seperti ini menyebabkan saya berlagak seperti orang benar dengan memperlihatkan kebodohan.

5. Usah tunjukkan kesalahan saya di hadapan orang. Saya pasti lebih memberi perhatian jikalau ibu dan bapa menasihati saya secara peribadi.

Wallahu a’lam.

Padanya ada bahagia
Dr. Robiah K.Hamzah
Bahruddin Bekri
2014

No comments:

Post a Comment