Kedudukan
Pertama
Pemilihan nabi Muhammad saw pada kedudukan pertama
dalam senarai 100 orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan
dan menjadi tanda tanya kepada sebilangan pembaca. Tetapi, saya berpegang
kepada keyakinan bahawa baginda nabi Muhammad saw ialah seorang insan tunggal
dalam sejarah yang telah mencapai kejayaan luar biasa dalam menegakkan syiar
agama Islam kepada umat manusia keseluruhannya.
Nabi Muhammad saw dilahirkan dalam sebuah keluarga
yang sederhana. Baginda menegakkan dan menyebarkan salah satu agama terbesar di
dunia iaitu agama Islam. Baginda juga menjadi pemimpin umat manusia yang unggul
dan amanah. Pengaruh ajaran nabi Muhammad saw masih kukuh, teguh dan utuh
sehingga ke hari ini walaupun baginda telah wafat 13 abad yang silam.

Pada zaman itu, kebanyakkan orang Arab tidak
menganuti sebarang agama kecuali menyembah berhala. Di kota Mekah pula,
terdapat segolongan kecil yang beragama Kristian dan Yahudi. Berdasarkan kepada
kepercayaan orang Arab Jahiliah inilah nabi Muhammad saw membawa keyakinan
bahawa hanya Tuhan Yang Maha Esa sahaja yang wajib disembah. Ketika berusia 40
tahun, nabi Muhammad saw mendapat wahyu daripada Allah SWT dan baginda terpikih
untuk menyebarkan dan mengembangkan kebenaran agama Islam.
Wallahu a’lam
Michael
H.Hart
Senarai 100
tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah
2005
No comments:
Post a Comment