Monday, March 21, 2011

Surah Asy-Syams ( Matahari )

Enam belas ayat – turun di Mekah

Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang

Keterangannya telah terdahulu di surah Al Fatihah

1. Perhatikanlah matahari dan cahaya terangnya
2. Dan bukan, apabila mengikut dia
3. Dan siang apabila menampakkan dia
4. Dan malam apabila menutup dia
5. Dan langit serta yang mendirikan dia
6. Dan bumi serta yang menghamparkan dia
7. Dan satu jiwa serta yang menyempurnakan dia
8. Lalu menunjukkan kepadanya (jalan) kejahatannya dan (jalan) kebaikannya
9. Sesungguhnya berbahagialah orang yang membersihkan dia
10. Dan celakalah orang yang menipu dia

Keterangan :

Apabila bulan mengikut dia itu maksudnya ilah apabila bulan menghadap matahari dengan sempurna lalu memberikan kepada kita cahaya yang didapatnya dari matahari dengan sepenuh-penuhnya iaitu di malam ke tiga belas sampai ke enam belas.

Menghamparkan bumi itu maksudnya membentang dia sampai mudah didiami dan dijalani. Jadi maksud ayat-ayat itu begini :

Hai manusia! Perhatikanlah matahari yang besarnya sejuta seperempat kali dunia ini yang jauhnya dari kita kira-kira seratus dua puluh lima juta mil yang jadi ibu yang dikelilingi oleh bumi kita ini dan

Perhatikanlah cahaya matahari yang begitu besar gunanya bagi kita, binatang-binatang,  tumbuh-tumbiuhan dan lain-lain dan

Perhatikanlah bulan yang jadi anak bagi bumi kita yang besarnya seprlima puluh kali bumi yang mengelilingi bumi sebagaimana bumi mengelilingi matahari yang mendapat cahaya daripada matahari lalu berikan kepada kita sengan sempurna di malam ketiga belas sampai ke enam belas yang tidak sedikit faedahnya bagi kita dan

Perhatikanlah siang yang menampakkan matahri bersama cahayanya kepada kita yang menjadi tempat terutama bagi mengerjakan perintah-perintah Allah dan mencari keperluan hidup, yang jadi jambatan ke negeri akhirat yang jadi tempat bagi menyiar-nyiarkan agama Allah untuk keselamatan manusia di alam ini dan

Perhatikanlah malam apabila ia menutup matahari iaitu apabila matahari terlindung dari kita lantaran peredaran bumi yang jadi tempat bagi kita, binatang-binatang dan pohon-pohon berhenti lelah  daripada pekerjaan di siang hari, yang jadi tempat bagi sebahagian daripada ibadat dan doa kita kepada Tuhan dengan tetap hati dan tenang dan

Perhatikanlah langit yang penuh dengan bintang-bintang dari yang kecil-kecil seperti bulan-bulan dan bumi-bumi yang mengelilingi matahari kita yang terlihat ini dan lain-lainnya hingga kepada bintang-bintang yang jauhnya beratus-ratus, beribu-ribu juta mil dari kita yang besarnya beribu-ribu, berjuta-juta kali lebih daripada matahari kita ini dan

Perhatikanlah apa yang membikin dan mendirikan dia! Adakah ia jadi dan berdiri dengan sendiri? Apakah dibikin oleh siapa-siapa yang lain dari Allah? Dan fikirkanlah bagaimana kekuasaan dan kebesaran Tuhan yang membikin alam langit yang berisi makhluk yang besar-besar yang membingungkan manusia dari yang pandai-pandai hingga yang bodoh-bodoh dan

Perhatikanlah bumi yang lima piluh kali lebih besar daripada bulan dan sejuta seperempat kali lebih kecil daripada matahari yang berdiri di kosongan langit dengan tidak bertiang, tidak bergantung dan tidak bersandar kecuali kepada qudrat kekuasaan Tuhan yang Maha Kuasa dan

Perhatikanlah apa yang menghamparkan dia iaitu perhatikanlah nikmat Tuhan kepada kita dengan membentangkan bumi ini untuk didiami dan dijalani dengan mudah untuk kita bercucuk tanam dan berusaha di atasnya, untuk kita kerjakan amal-amal yang diperintahNya yang akan jadi wasilah buat menyampaikan kita kepada nikmat dan kesenangan yang kekal yang tidak dapat disifat-sifatkan dan

Perhatikanlah satu jiwa dan apa yng menyempurnakan kejadiaanya iaitu perhatikanlah diri manusia dan sifat-sifat yang diletakkan oleh Allah padanya yang disempurnakan dengan pemberian akal yang dapat membedakan antara jahat dan baik, durhaka dan bakti, sifat-sifat mana tidak ada pada makhluk-makhluk yang lain daripada manusia, yang lantaran itu patutlah bderbahagia manusia yang membersihkan dirinya dengan menurut perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-laranganNya dan patutlah celaka orang yang menipu diri dengan melanggar larangan-larangan Allah dan meninggalkan suruhan-suruhanNya.

Kalau kita perhatikan hal-hal, keadaan-keadaan, barang-barang, bebda-bebda, terang, gelap, cahaya, kelam, siang, malam, bumi, langit dan diri-diri kita sendiri nescaya kita dapat tahu bahawa tidaklah patut sekali-kali manusia tidak tunduk dan takluk kepada peraturan-peraturan yang berguna dengan sebesar-besar guna bagi kita dari Tuhan yang Maha Kuasa.

Pelajaran yang kita dapat dari ayat ini :

Dengan sebab memperhatikan mataharidan cahayanya bulan dan malam-malam penuhnya, siang dan terangnya, malam dan gelapnya, langit dan peredarannya, bumi dan terbentangnya, badan yang bernyawa dan kesempurnaaannya manusia telah dapat tahu ilmu-ilmu yang berhubung dengan cahaya-cahaya yang jadi obat, penerangan, kekuatan menarik pesawat-pesawat dan sebagainya, telah dapat tahu ilmu peredaran matahari, bumi, bulan dan lain-lainnya, telah dapat tahu ilmu perhitungan falak; telah tahu ilmu tanam-tanaman, telah dapat tahu ilmu obat-obatan, iaitu lain-lain ilmu yang semuanya itu si zaman ini ada di tangan kaum-kaum dan bangsa-bangsa yang tidak mempunyai kitab agama yang menyuruh memperhatikan sekalian yang tersebut itu dan juga akan dapat tambahan pengetahuan di dalam hal-hal yang tersebut.

Dengan sebab memperhatikan sekalian yang tersebut itu dengan jalan-jalan lain kita akan bertambah-tambah yakin dan hairan memikirkan kekuasaan, hikmah, rahmat, kasih sayang Allah atas manusia yang mana patut menyebabkan mereka beribadah dan taat kepadaNya di dalam segala urusan.

11. Tsamud dengan sebab durhakanya, ia mendustkakan
12. Diwaktu berbangkit orang yang paling celaka di antaranya
13. Lalu Rasulullah (Shalih) berkata : (Jaga-jaga) unta Allah dan minumannya
14. Tetapi mereka dustakan dia laklu mereka bunuh (unta)  itu
15. Lantas Tuhan mereka curahkan azab atas mereka dengan sebab dosa mereka
     hingga Ia ratakan azab itu.
16. Sebab Ia tidak khuatir buah perbuatannya itu.

Keterangan :

Tsamud itu satu daripada kaum-kaum Arab yng sudah binasa seperti kaum Aad dan lain-nya.

Menurut Al-Quran surah Asy-Syu’araa ayat 141 sampai 159 dan surah Al-Qamar ayat 27 sampai 32 dan surah Bani Israiel ayat 59 dan surah Al-Araf ayat 73 sampai 79 dan menurut surah Asy-Syamsu ayat 11 sampai 16 ini ringkasnya bahawa Rasul yang diutus oleh Allah untuk kaum Tsamud itu ialah nabi Shalih.

Kaum itu minta ia bawakan satu mukjizat yang menunjukkan kebenarannya maka datang firman Allah yang maksudnya : Bahawa tanda kebenaran Shalih sebagai Rasul itu ialah unta ini iaitu jika diganggu bumi tempat makannya atau tempat minumnya nanti Allah akan turunkan azab atas kamu sekalian.

Seorang yang paling celaka dari antara kaum itu berbangkit pergi menganggu dan membunuh unta itu lalu Tuhan tumpukkan azabNya atas mereka rata-rata.

Jadi erti maksud ayat-ayat itu begini :

Lantaran penuh sifat kedurhakaaan maka kaum Tsamud itu mendustakan kebenaran iaitu di waktu seorang yang paling celaka dari antara mereka berbangkit pergi hendak menganggu dan membunuh unta itu dan nabi Shalih berkata : Hai kaumku! Jaga-jagaazab yang Allah janjikan!

Maka  mereka dustakan dia dan unta itu mereka bunuh lantaran itu, Allah tumpuk-tumpukkan azab atas kaum itu rata-rata sedang Allah tidak khuatirkan buah perbuatanNya iaitu Allah tidak perdulikan perasaan manusia yang akan timbul bahawa pebuatanNya itu satu kezaliman kerana orang-orang yang tidak turut mengerjakan kesalahan itu juga terturut dapat siksa yang sepatutnya kena atas orang-orang yang bersalah sahaja.

Allah tidak khuatir dan tidak perdulikan perasaan dan persangkaaan itu lantaran Allah sudah beri tahu, sudah ancam dan sudah jadi sunnah Allah bahawa turun azabNya itu umum.

Guna dan faedahnya ialah supaya tiap-tiap seorang daripada satu kaum bekerja menolak kejahatan dan menarik kepada kebaikan. Siapa-siapa yang tidak berbuat begitu terpandang salah. Maka orang yang salah itu patut dapat bahagian daripada azab yang ditumpahkan atas orang-orang yang salah.

.Pelajaran yang kita dapat dari ayat ini :

Jangan kita kerjakan larangan Allah dan jangan kita melanggar ancamanNya dan jangan kita diamkan orang lain mengerjakan kejahatan.

Kalau kita tidak berkerja pada menghilangkan kejahatan walaupun kita sendiri tidak mengerjakannya nescaya kita akan kena azab di dunia kerana sudah jadi sunnah Allah bahawa azab itu kalau turun, mengenai umum dan kita akan kena pula azab di akhirat lantaran tidak menjalankan kewajiban kita sedapat-dapatnya pada menasihati dan berikhtiar pada menghilangkan atau mengurangkan kejahatan yang berlaku di bumi Allah.

 ( A. Hassan ;  Al-Hidayah, Pustaka Aman Press 1975 )

No comments:

Post a Comment