Tuesday, March 8, 2011

Surah Al- Humazah ( Pencela )

Sembilan ayat – turun di Mekah

Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang

Keterangannya telah terdahulu di surah Al Fatihah

1. Kecelakaan itu adalah bagi pencela, penghina,
2. Yang mengumpul-ngumpulkan harta dan menghitung-hitung dia,
3. Ia menyangka, bahawa hartanya itu memelihara dia,

Keterangan :

Ayat yang kedua itu ada yang ertikan seperti yang tersebut dan ada pula yang ertikan begini :

’ Yang mengumpul-ngumpulkan harta dan menjadikan dia persediaan’, tetapi ertinya hampir sama sahaja kerana orang yang menghitung-hitung hartanya selalu itu, maksudnya ialah orang yang tidak membelanjakannya, maka orang ini sama dengan orang yang simpan hartanya semata-mata untuk persediaan.

Ayat yang ketiga itu dapat diertikan seperti yang tersebut dan boleh juga diertikan begini :
’Ia menyangka bahawa hartanya itu telah mengekalkan di di dalam kesenangan’ dan boleh juga begini :

’Ia menyangka bahawa harta itu tentu akan menjaga dia selama-lamanya’.

Jadi maksud tiga ayat itu bahawa kecelakaan dan siksa di akhirat, akan didapati oleh orang yang mencela si miskin dan menghina akan orang yang tidak mampu, yang pencelaa dan penghinaannyatersebab oleh tamaknya pada mengumpul-ngumpulkan harta dan pada menghitung-hitung dia atau menjadikan dia persediaan kerana ia sangka bahawa hartalah yang telah menjaga dan memelihara dia atau ia sangka bahawa hartalah yang akan menjaga dan mengekalkan dia didalam  kesenangan selama-lamanya.

Pelajaran yang kita dapat dari ayat ini :

Jangan kita kumpul-kumpulkan harta untuk dilihat-lihat, dihitung-hitung atau dijadikan semata-mata penjaga bagi kesusahan yang kalau-kalau akan mengenal, kerana orang yang keadaannnya begitu akan bersifat dengan beberapa sifat yang dikeji oleh agama, akal dan perasaan.

1. Ia akan jadi bakhil, peloba, tamak dan kikir.
2. Kerana kebakhilannya ia akan menghina, mencela atau merendahkan dengan hatinya

    dengan kelakuannya atau dengan omongannya akan orang-orang yang tidak mampu  
    atau orang-orang miskin yang datang meminta pertolongannya.
3. Ia akan  menyangka tida ada lain yang telah memelihara dia di dalam kesenangan dan
    akan menjaga kesenangannya dan kenikmatannya itu melainkan harta.
4. Dengan sangkaan itu, ia akan jadi orang yang tidak bertawalkal kepada Allah, hanya
    bertawalkal kepada harta.
5. Ia akan jadi orang yang tidak berterima kasih kepada Allah atas nikmat-nikmat yang
    telah diberikan kepadanya.

Keterangan :

Janganlah pencela dan penghina yang mengumpul-ngumpul hartaitu, sangka bahawa hartanya itu akan menolong dia! Tidak sekali-kali!. Bahkan sesungguhnya ia akan dicampakkan ke dalam Huthamah. Sudahkah engkau tau apa yang dikatakan Huthamah (pengancur) itu? Ialah api Allah yang menyalai atau api yang dinyalakan oleh Allah yang tidak hanya memakan badan penghina, pencela, pengumpul-ngumpul harta sahaja bahkan akan menjulang masuk ke hatinya.

Pelajaran yang kita dapat dari ayat ini :

Harta tidak akan menolong orang-orang yang mengumpul-ngumpulkan dia hingga bersifat bakhil, loba, tamak, menghina, mencela, hilang tawalkal, tidak berterima kasih kepada Allah dan sebagainya. Orang yang begitu akan dapat siksa bukan hanya badannya bahkan api neraka akan berjulang-julang masuk ke hatinya yang jadi pokok pangkal bagi segala kejahatan.

8. Sesungguhnya (neraka itu) akan ditutup atas mereka
9. Dengan palang-palang yang panjang (melintang)

Keterangan :

Sesungguhnya pencela, penghina dan pengumpu harta itu akan ditutup rapat di neraka dengan palang-palang yang panjang melintang.

Pelajaran yang kita dapat dari ayat ini :

Oleh sebab dosa pengumpul-pengumpul harta itu amat besar maka Allah tambah lagi dua ayat pada menunjukkan kekerasan siksaNya atas mereka.

 ( A. Hassan ;  Al-Hidayah, Pustaka Aman Press 1975 )

No comments:

Post a Comment